- Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance.
- Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di Suzuka pada tahun ini.
- Pada tahun ini, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi bersama dengan penunggang Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC Thailand Ratthapong Wilairot akan memberikan sebaik usaha mereka untuk mencapai kemenangan di perlumbaan ketahanan ini.