- BMW Motorrad Malaysia kini sedang menjalankan satu kempen perkhidmatan servis istimewa bagi semua model BMW R1200 GS dan R1200 GS Adventure.
- Kesemua model BMW R1200 GS yang dikeluarkan dari November 2013 hingga Jun 2017 dinasihatkan untuk menyertai kempen perkhidmatan servis ini oleh kerana kemungkinan mempunyai kerosakan awalan pada fork hadapannya.
- Semua pemilik model yang terlibat akan dimaklumkan oleh BMW Motorrad Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kempen perkhidmatan servis istimewa ini.