- BMW Motorrad Malaysia menjemput semua pemilik BMW GS untuk menyertai Pusingan Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 yang akan berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2017.
- Pemenang bagi pusingan kelayakan dua hari itu akan mendapat peluang untuk mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada 2018.
- Pendaftaran dibuka sekarang hingga 12 Julai 2017. Kesemua pemilik BMW GS dijemput mendaftar dan menyertai pusingan kelayakan ini.