- Kesemua motosikal BMW Motorrad 2018 akan mendapat beberapa kemaskini yang menarik yang termasuk warna-warna baru untuk seluruh model BMW.
- Kemaskini ini bukan sahaja dari segi rupanya sahaja seperti warna yang baru tetapi juga terdapat kelengkapan pilihan dan perincian unik bagi setiap motosikal BMW Motorrad.
- Daya tarikan terbesarnya selain daripada warnanya yang baru adalah butang ‘panggilan kecemasan’ yang secara automatik menghantar isyarat untuk bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan serius.