- Boon Siew Honda akan menyediakan bantuan buat ke semua pemilik motosikal Honda yang telah terjejas akibat banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
- Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir Pulau Pinang BSH akan menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk semua alat ganti tulen dan cas upah percuma bagi ke semua perkhidmatan di pusat pengedar terpilih.
- Pemilik motosikal Honda yang ingin menyertai program ini hanya perlu menghubungi mana-mana pengedar terpilih untuk menjadualkan temujanji.