Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155.
Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM. Jumlah kuasa maksimum ini hanya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang melepaskan 11.3kW (15.4PS) @ 8,500RPM.