- Festival art of Speed Malaysia 2017 menyaksikan jumlah hadirin yang besar sekali yang datang bagi menunjukkan sokongan, perasaan cinta serta dedikasi mereka terhadap kancah ‘Ol-Skool’ dan ‘Kustom Kulture’ di Malaysia.
- Acara tahun ini yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu ternyata lebih besar dan meriah dari sebelum ini dengan penyertaan dari para pengeluar ternama serta garaj-garaj tempatan yang mempamerkan jentera masing-masing yang menakjubkan tidak kira dari motosikal yang serba baru hinggalah jentera pengkhususan satu dalam sejuta.
- Begitu ramai jemputan khas yang telah menghadiri AOS 2017 ini dari negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan banyak lagi.