- Stefan Bradl telah diisytiharkan tidak layak untuk berlumba dalam pusingan terakhir FIM World Endurance Champiionship yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Suzuka.
- Penunggang dari Jerman itu telah dinasihatkan untuk tidak menaiki kapal terbang untuk ke Jepun oleh kerana komplikasi kesihatan berkaitan dengan jangkitan kuman pada telinga.
- Bradl sepatutnya bertanding di perlumbaan Suzuka 8 Hours bersama dengan pasukan TSR Honda yang memburu kedudukan di atas podium pada pusingan yang terakhir itu bagi musim 2017.