- Berikutan pelancaran Softail 2018 baru-baru ini, Harley-Davidson juga turut memperkenalkan tiga model CVO 2018 yang baru; CVO Street Glide, CVO Road Glide, dan CVO Limited.
- Model-model CVO baru ini didatangkan dengan enjin terbesar Harley-Davidson buat setakat ini; sebuah enjin 117 inci padu (1,923cc) serba baru yang menghasilkan lebih daripada 165Nm tork.
- Harley-Davidson juga telah memperkenalkan empat model ‘Special’ baru iaitu Street Glide Special, Road Glide Special, dan dua model ulangtahun ke-115; 115th Street Glide dan 115th Ultra Limited.