- Suzuki Motors of America telah mengeluarkan satu panggilan semula untuk motosikal Suzuki GSX-R1000 2017 dan 2018 berkenaan dengan satu isu yang berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan rantai.
- 3,097 buah unit telah dikenalpasti di Amerika Syarikat melalui NHTSA di mana rantainya mungkin putus sewaktu menukar dari gear satu ke gear dua pada RPM tinggi.
- Engine Control Module (ECM), rantai, dan gegancu akan diperiksa dan digantikan bagi menyelesaikan masalah ini.