Boon Siew Honda mengumumkan warna baharu untuk Honda Wave Alpha (2025). Model ini telah berada lama di dalam pasaran dan ia popular di kalangan mereka yang mencari motosikal yang ringkas dan sesuai untuk gunaan harian.
Selebihnya kekal tidak berubah pada motosikal ini. Ia masih dikuasakan oleh enjin 109.2cc yang diperakui EEV (kenderaan cekap tenaga)dengan Programmed Fuel Injection (PGM-FI), yang memberikan prestasi optimum dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Ruang simpanan 7.3 liter di bawah tempat duduk masih ada, yang membolehkan penunggang membawa barang-barang kecil seperti baju hujan, jaket atau barangan peribadi yang lain. Kapasiti tangki bahan api kekal pada 4.1 liter.
Tugas membrek dikendalikan oleh cakera tunggal di hadapan dan brek dram di belakang.
Warna baharu itu dipanggil Perak, Biru, Merah dan Hitam klasik. Harga jualan bersih tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran ialah RM5,309 untuk Perak, Biru dan Merah, manakala pilihan Hitam dijual pada harga RM5,259.
Untuk tunggangan tanpa kerisauan, Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km, yang mana sampai dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik www.boonsiewhonda.com.my or kunjungi Honda Impian X yang terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Boon Siew Honda melalui nombor bebas tol mereka di 1-800-88-3993.