Bikesrepublic

Suzuki GSX-8TT dan GSX-8T Dilancarkan di Jepun

Kami agak tertanya-tanya sama ada platform Suzuki GSX-8S yang hebat itu akan melahirkan lebih banyak varian, dan ia menjadi kenyataan dengan GSX-8R. Kini terdapat dua lagi model, yang sesuai dengan apa yang pengeluar istilahkan sebagai “neo-retro”, iaitu Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT.

Berpaksikan platform GSX-8 bermakna kedua-dua varian ini dilengkapi dengan ciri-ciri moden termasuk enjin, rangka, dan elektronik. Baik GSX-8T mahupun GSX-8TT berkongsi ciri-ciri yang sama, yang akan kita bincangkan nanti.

Suzuki GSX-8T

Suzuki menyatakan bahawa GSX-8T direka untuk membangkitkan semangat Suzuki T500 yang dihasilkan dari tahun 1968 hingga 1975. Dilengkapi enjin dua silinder selari, dua lejang, 492cc yang menghasilkan 47 hp, motosikal ini merupakan model yang mengukuhkan reputasi Suzuki sebagai pengeluar enjin yang sangat tahan lasak (bulletproof). Disebabkan ketahanannya, kira-kira 100,000 unit berjaya dijual sepanjang tempoh pengeluarannya.

T500 juga menjadi kegemaran dalam kalangan pelumba produksi, dengan Frank Whiteway menjuarai kelas Production 500cc di Isle of Man TT 1970. Stan Woods kemudian mengekalkan kejayaan tersebut dengan meraih kemenangan pada 1972.

Enjin T500 turut melahirkan TR500, motosikal Grand Prix yang membawa Suzuki kemenangan pertama mereka dalam kelas 500cc GP pada tahun 1971.

Jadi, memang wajar Suzuki “menghidupkan kembali” semangat T500 melalui GSX-8T.

Suzuki GSX-8TT

Varian ini pula mengimbau gaya motosikal lumba jalanan era 1970-an dengan fairing ‘bikini‘ yang dipasang pada lampu hadapan. Ciri-ciri reka bentuk lain termasuk warna badan hitam dengan fork depan dan pelindung hitam, serta grafik sporty pada roda dan pelekat di badan. “TT” pada namanya menggabungkan model asas GSX-8T dengan perkataan ‘Timeless‘ (Abadi), melambangkan kebangkitan semula motosikal klasik dalam konteks moden.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin dua silinder selari 776cc, disejukan cecair, DOHC, dengan aci engkol 270° ini menghasilkan 82 hp pada 8,500 RPM dan 78 Nm pada 6,800 RPM.
  • Suzuki memperkenalkan Suzuki Cross Balancer – sistem pengimbang utama pertama seumpamanya untuk motosikal produksi – yang menyumbang kepada operasi enjin yang lebih licin serta reka bentuk enjin yang padat dan ringan.

  • Suzuki Clutch Assist System (SCAS) dilengkapi dengan quickshifter dua hala untuk peralihan gear yang lebih lancar tanpa perlu menggunakan klac.
  • Tambahan pula, motosikal ini mempunyai skrin TFT 5 inci yang menyediakan maklumat perjalanan dengan paparan moden dan mudah dibaca.

  • Pendikit ride-by-wire membolehkan pemilihan 3 mod tunggangan Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), serta 3 tahap Suzuki Traction Control System (STCS) yang boleh dimatikan jika diperlukan.
  • Dari segi suspensi, motosikal ini menggunakan frok terbalik KYB di depan dan monoshock KYB di bahagian belakang untuk prestasi penyerapan hentakan yang lebih baik.

  • Brek depan menggunakan cakera kembar 310mm dilengkapi kaliper dipasang secara jejari.
  • Sistem ABS dwi saluran turut disediakan bagi memastikan keselamatan dan kawalan brek yang optimum dalam pelbagai keadaan jalan.

  • Tangki bahan api berkapasiti 16.5 liter.
  • Untuk spesifikasi Eropah GSX-8T mempunyai berat kerb 201 kg, manakala GSX-8TT pula 203 kg.

Harga jualan bersih GSX-8R sebelumnya adalah RM53,800, jadi dua varian baru ini mungkin ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Mari kita nantikan pelancarannya di Malaysia!

Galeri foto

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube