Bikesrepublic

Rebiu Pandu Uji Pertama Zontes 703F

Zontes sedang membangunkan enjin dan motosikal tiga silinder ketika kami melawat kilang itu pada 2019. Mereka telah membangunkannya tanpa henti dan terdapat beberapa prototaip sejak itu. Kini, selepas hanya tiga tahun (tidak mengira dua tahun yang dihabiskan akibat pandemik Covid-19), mereka telah melancarkan motosikal pengembaraan tiga silinder Zontes 703F.

Zontes 703F kini menjadi motosikal tiga silinder keluaran China yang pertama. Bos syarikat itu telah menyatakan bahawa dia lebih suka format enjin tiga silinder kerana ia memberikan tork yang kuat dalam julat RPM peringkat rendah dan pertengahan, serta kuasa maksimum yang senang dicapai oleh penunggang dalam julat RPM atas.

Dan dengan itu, motosikal ini dilancarkan di EICMA tahun ini apabila motosikal itu telah pun dikeluarkan sepenuhnya di kilang mereka, tidak seperti pengeluar lain yang mengambil masa setahun lagi untuk menghasilkan produk akhir mereka.

Tetapi Zontes sebagai Zontes, motosikal ini bukan sekadar enjin dan tidak banyak ciri lain. Oleh itu, ia dilengkapi dengan amat banyak ciri-ciri menarik.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin 699cc, tiga silinder, DOHC, suntikan bahan api yang menghasilkan 97hp pada 10,000 RPM dan 76Nm pada 7,500 RPM. Itu adalah sebaran RPM yang baik antara tork maksimum dan kuasa maksimum.
  • Transmisi enam kelajuan dengan quickshifter.

  • Kerangka aluminium tuang (tidak dikimpal di mana-mana).
  • Lengan hayun aluminium tuang.

  • Subframe‘ aluminium tuang satu keping.
  • Pelindung perut enjin dengan perlindungan penuh.

  • Pelindung tangan.
  • Fork terbalik Marzocchi bolehlaras untuk pemampatan dan redaman lantunan.
  • Monoshok Marzocchi bolehlaras untuk mampatan dan redaman lantunan.

  • Terdapat dua varian. Satu ialah versi jalanan yang dilengkapi dengan roda depan 19 inci. Satu lagi ialah varian pengembaraan yang dilengkapi dengan roda depan 21 inci. Roda belakang adalah 18-inci untuk kedua-duanya. Roda-rodanya dipasang dengan tayar Michelin Anakee.
  • Cakera brek berkembar 310mm dicengkam oleh kaliper 4 piston J.Juan di hadapan. J.Juan ialah anak syarikat Brembo.

  • Ketinggian pelanana hanya pada 825mm.
  • Skrin bolehlaras dengan kawalan elektrik.

  • Skirn TFT berwarna 8-inci.
  • Lampu depan automatik dengan ciri lampu selekoh.

  • Kawalan traksi dan ABS adalah standard.
  • ‘Dashcam’ depan dan belakang sebagai standard.

  • Penghidupan dan penutup tangki tanpa kunci.
Rebiu tunggangan pertama

Sebagai permulaan, tempat duduk adalah rendah dan membenarkan penguji yang paling pendek di kalangan kami meletakkan kaki dengan selamat di atas tanah. Walaupun spesifikasi mengatakan ketinggian tempat duduk ialah 825mm, ia terasa jauh lebih rendah daripada itu. Ketinggian tempat duduk yang rendah itu menjadikan mengangkat motosikal daripada topang tepi agak mudah walaupun beratnya 240kg, basah. Keberatan motosikal ini hanya terasa apabila kami menolaknya.

Enjin berbunyi deruan raungan tiga silinder apabila dihidupkan, dan sistem ekzos yang sedia ada sebenarnya cukup kuat dan mengeluarkan bunyi gemuruh. Kemudian gemuruh itu digabungkan dengan lolongan pada RPM yang lebih tinggi seperti yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah enjin tiga silinder. Ia memeranjatkan kami kerana motosikal baharu yang mematuhi Euro5+ telah menjadi terlalu senyap.

Lepaskan klac dan motosikal berjalan tanpa seperti hendak semput-semput. Enjinnya sangat lancar untuk sebuah unit tiga silinder, dan diberitahu oleh kilang ia disebabkan oleh kerangka baharu itu. Malah, ia adalah triple paling lancar yang kami tunggangi setakat ini, selain kedengaran lancar juga.

Anda hendaklah berhati-hati di sini, kerana kami telah memerah pendikit secara mengjut dan motosikal ini bertindak balas serta-merta dan berlepas seperti seekor kerbau yang terlepas daripada kandang. Kami menunggang di atas jalan sempit di atas empangan yang dan ia dikongsi dengan orang kampung yang menaikki motor tiga roda mereka, jadi kami terpaksa berhati-hati. Bagaimanapun, penguji yang terpantas dalam kumpulan kami serta seorang pelumba dari Zontes Malaysia berjaya membawa Zontes 703F ini sehingga 200km/j dalam hanya 500 meter.

Suspensinya juga telah banyak diperbaikki berbanding dengan yang lama yang dibina secara dalaman. Kadar redaman adalah lebih lembut tanpa mengira jenis permukaan yang kami naiki.

Kebimbangan kami adalah terutamanya pada tayar hadapan 21-inci pada varian pengembara, atau lebih khusus sama ada ia mahu membuang ke bawah ketika membelok. Tetapi itu tidak berlaku.

Penutup

Motosikal ini menunjukkan bahawa Zontes telah menghabiskan beberapa tahun ini dalam pembangunan tanpa henti. Panel badan semuanya dipasang dengan baik. Panel badan yang sama dicat dengan robot dan tidak mempunyai sebarang cela padanya. Tiada kabel dan wayar yang longgar di mana-mana, nat dan bolt disembunyikan. Kualitinya menyaingi motosikal Jepun dan Eropah terbaik yang dua kali ganda harganya.

Malangnya kami tidak dapat menunggang Zontes 703F sebanyak yang kami mahukan pada satu hari itu tetapi semua penunjuk ke arah sebuah motosikal yang dibangunkan dengan baik. Ia hanya menunjukkan sejauh mana pembuat motosikal premium China boleh dipertingkatkan dalam masa yang singkat sahaja.

Kami amat berharap Zontes Malaysia akan memberikan sebuah Zontes 703F untuk ujian lanjutan apabila ia tiba di sini.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube