Bikesrepublic

Polis Menyiasat Kes Rider Grab Sebabkan Kemalangan

Tindakan seorang rider Grab menukar lorong secara mengejut menjadi punca nahas dua kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti dalam satu rakaman video yang tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku jam 2.47 petang Selasa lalu, berhampiran sebuah pasar raya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit datang dari arah Pandan Jaya menghala ke Cheras.

Sejurus tiba di lokasi, penunggang motosikal menukar haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri untuk membelok masuk ke simpang di sebelah kiri jalan.

Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic membrek secara mengejut untuk mengelak pelanggaran, namun terlanggar belakang sebuah Perodua Ativa yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, semua kenderaan itu hanya mengalami kerosakan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat keputusan tergesa-gesa semasa memandu, sebaliknya sentiasa bertolak ansur dan mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

Kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59),” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube