Bikesrepublic

Kereta Langgar Kumpulan Motosikal, Seorang Maut

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang (2 Febuari 2025).

Siasatan awal mendapati, ketika kejadian empat motosikal serta sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

Tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang datang dari arah Ampang masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan tadi.

Akibat pelanggaran itu, seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun tercampak lalu terjatuh ke tepi jalan.

Menurutnya, mangsa, seorang lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, lima penunggang dan pembonceng motosikal lain yang cedera dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Katanya, pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Naazron berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia.

Kesemua mangsa terbabit berusia lingkungan 17 ke 38 tahun, manakala pemandu Alza berusia 27 tahun ditahan dan permohonanan reman akan dibuat hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di 0195897115,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube