Bikesrepublic

Kemalangan Trak FRU Dipercayai Akibat Kegagalan Sistem Stereng Lori Bawa Batu

Sebuah trak yang membawa anggota FRU (Federal Reserve Unit/Unit Simpanan Persekutuan) telah mengalami kemalangan yang menyebabkan 9 anggota terkorban, setakat ini. Kejadian berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Difahamkan bahawa trak FRU tersebut dari Unit 5 yang sedang membawa 18 orang anggota (disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak) dalam perjalanan pulang ke Ipoh sesudah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di Hilir Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, memaklumkan kejadian itu membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan berlaku sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Menurut siaran akhbar 12:07 tengah hari pula, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata “Ketika sampai di tempat kejadian, lori FRU Unit 5 itu dirempuh dari hadapan oleh lori yang membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.

Beliau dilaporkan berkata, lapan anggota maut di lokasi kejadian, seorang lagi disahkan maut di hospital, manakala lima lagi anggota cedera ringan.

Pemandu trak FRU itu dipindahkan ke Hospital Teluk Intan namun telah juga meninggal dunia ketika menerima rawatan. Sementara itu, pemandu lori muatan batu telah ditahan oleh polis dan saringan air kencing mendapati dia bebas pengaruh dadah.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube