Bikesrepublic

Kawasaki Malaysia Lancarkan Kawasaki Safety And Responsible Riding Course

 

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah secara rasminya melancarkan “Kawasaki Safety and Responsible Riding Course”.
  • Bersama dengan dokongan dari penaung mereka, Kawasaki Heavy Industries dan K-TEC Corporation Japan, program ini bertujuan secara muktamadnya mengurangkan jumlah bilangan kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal di Malaysia.
  • Kursus ini akan ditawarkan kepada pemilik motosikal Kawasaki yang semasa atau pun baru bagi mempertingkatkan lagi kebolehan menunggang mereka melalui teori dan juga program praktikal.

Dalam satu usaha mempergiatkan lagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat mereka di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) telah melancarkan sebuah program baru yang dinamakan “Kawasaki Safety and Responsible Riding Course” (KSSR). Program ini telah dilancarkan secara rasminya pada awal hari ini di Litar Kart Antarabangsa Sepang.

Ianya merupakan program keselamatan pertama seumpamanya yang akan dianjurkan oleh KMSB bersama dengan penaung mereka, Kawasaki Heavy Industries Ltd. bersama dengan K-TEC Corporation Japan.Dengan tujuan untuk mempromosikan keselamatan dan penunggangan yang tertib bagi ke semua pemilik Kawasaki di seluruh negara, KMSB berharap dapat mengurangkan jumlah bilangan kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal melalui aktiviti teori dan praktikal yang diterapkan dalam kursus baru ini.

Hadir pada hari ini adalah Encik Hiroyuki Saito, Presiden K-TEC Corporation, yang telah berkata, “Pada hari ini, KMSB telah menganjurkan sekolah keselamatan menunggang pertama. Ianya dengan penuh rasa sukacita dan merupakan satu penghormatan yang besar bagi K-TEC untuk dapat bekerjasama dengan KMSB dan KHI untuk program ini dan untuk dapat menyumbang kepada penggalakan keselamatan lalulintas dan pencegahan kemalangan yang melibatkan motosikal di Malaysia,”

“Melalui program ini, kami memperoleh satu peluang untuk berkongsi dengan pengguna di Malaysia kemahiran dan pengetahuan kami mengenai pengoperasian sebuah motosikal, yang mana telah dikumpul dalam satu tempoh masa yang panjang di dalam syarikat kami.” Tambah Encik Saito lagi.

Menurut Encik Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif KMSB, “Dengan konsep Rideologi Kawasaki diterapkan dalam motosikal kami beserta dengan program latihan penunggang di “Kawasaki Safety and Responible Riding Course”, kami menawarkan kepada pemilik sedia ada dan penunggang baru peluang untuk mempertingkatkan lagi kebolehan menunggang mereka untuk pengalaman yang lebih selamat dan menyeronokkan. Motosikal Kawasaki perlulah seronok untuk ditunggang ke mana sahaja, bagi membolehkan para pengguna menikmatinya dan “Let The Good Times Roll”.”

Melalui program ini, pemilik Kawasaki akan boleh mengakses penyebab utama kemalangan jalan raya melalui data penting dan juga latihan praktikal yang dikelolai pelatih berkemahiran KMSB yang disahkan oleh K-TEC dan Kawasaki Japan. Ini akan membantu memastikan yang ke semua peserta akan belajar, mendalami, dan akhir sekali, meningkatkan lagi kebolehan menunggang keseluruhan mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai “Kawasaki Safety and Responsible Riding Course”, layarilah laman sesawang rasmi Kawasaki, atau laman Facebook rasmi Kawasaki.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan