Bikesrepublic

Jenayah Ragut Telefon Berleluasa di London

Jenayah ragut telefon kini berleluasa di tengah kota London. Kebanyakan penjenayah meragut telefon menggunakan skuter eletrik atau dengan cara mengayuh basikal.

Jumlah kes tertinggi dilaporkan pada tahun lalu, dengan seramai 81,000 kes dilaporkan, menurut Metro UK. Jenayah ini melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya dan lebih 230,000 telefon dilaporkan hilang dalam tempoh empat tahun terakhir. Malah, jenayah meragut telefon menyumbang kepada dua pertiga daripada jumlah kesemua jenis jenayah di kota tersebut.

Pihak berkuasa percaya angka sebenar jauh lebih tinggi kerana banyak kes tidak dilaporkan. Mereka juga percaya bahaya jenayah ini membabitkan geng terancang yang menjual peranti curi ke luar negara atau meleraikannya untuk dijual sebagai alat ganti mencipta pasaran gelap dianggarkan bernilai £50 juta (RM287.43 juta).

Kebanyakan jenayah dilakukan pencuri bermotosikal elektrik atau penyeluk saku, dengan tumpuan kepada mangsa di kawasan sibuk seperti Bloomsbury, Waterloo dan Regent’s Park.

Menurut data terbaharu daripada Polis Metropolitan (Met), seramai 37 orang kehilangan telefon mereka setiap hari di kawasan West End, pusat tumpuan pelancong dan hiburan utama kota London.

Tindakan proaktif Polis Bandar Raya London

Tindakan proaktif oleh Polis Bandar Raya London untuk mencegah rompakan telefon tahun ini telah mencatatkan penurunan hampir 30 peratus dalam kes jenayah tersebut.
Angka yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bilangan laporan ragut telefon di kawasan Square Mile telah menurun dalam empat bulan pertama tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Statistik ini dikeluarkan ketika pasukan polis mengumumkan Op Swipe, satu operasi baru yang diperkenalkan di Bandar Raya London, melalui hari penguatkuasaan undang-undang yang lebih intensif.

Sejak awal tahun, terdapat 213 telefon dilaporkan diragut atau dicuri di London. Bagi tempoh yang sama antara 1 Januari dan 30 April tahun lepas, terdapat 294 laporan rompakan telefon.

Anggota polis akan berada di kawasan panas rompakan telefon untuk menghalang, mengesan, menahan, dan mencegah rompakan telefon.

Kehadiran polis akan ditingkatkan di seluruh kawasan Square Mile, dengan sokongan sumber khusus di bilik kawalan yang akan memantau menggunakan rangkaian CCTV yang luas di Bandar Raya.

Pasukan Berbasikal Polis akan merampas basikal dan skuter elektrik haram, dan akan disertai oleh anggota Polis Metropolitan yang menunggang basikal Surron untuk menunjukkan kemampuan taktikal mereka. Polis Bandar Raya London telah merampas lebih 500 basikal dan skuter elektrik haram sejak Julai 2023.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan