Bikesrepublic

Jaguar, BMW, Mercedes Antara 246 Kereta Klon Dilelong JPJ Hujung Bulan Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan melelong lebih 246 kenderaan mewah klon pelbagai model hujung bulan ini.

Lelongan awam tersebut akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober ini di Dewan Teratai Sekyen 19 Shah Alam.

Menurut laporan Harian Metro, harga lelongan ditetapkan dari RM1,300 hingga RM25,000.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid mendedahkan pelbagai jenama kereta mewah klon akan ditawarkan dalam lelongan tersebut.

“Antara model yang dilelong adalah BMW, Mercedes, Mini Cooper, Audi, Jaguar, Volkswagen, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Toyota, Honda dan Suzuki,” jelasnya.

Bidaan yang berjaya mewajibkan pembida untuk membayar 25 peratus daripada jumlah bidaan dan bayaran perlu melalui kiriman wang atau draf bank sahaja dibenarkan.

Difahamkan, rata-rata kereta klon terlibat datang dari negara jiran.

(SUMBER: Harian Metro)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan