Bikesrepublic

Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?

Yamaha NVX 155 kah?

Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155.

Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM. Jumlah kuasa maksimum ini hanya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang melepaskan 11.3kW (15.4PS) @ 8,500RPM. 

Selain itu, rekaan NVX 155 cukup moden dan nampak gagah, tidak seperti skuter lain yang lebih fokus kepada rekaan yang lembut.

Yamaha Aerox 155 Indonesia

Pasaran Indonesia telah menerima jentera ini dengan nama lain, Aerox 155.

VR46 dengan Yamaha NVX155 di Sepang

Jentera NVX 155 ini telah dilancarkan oleh Valentino Rossi secara global di Sepang sempena MotoGP pada Oktober 2016 lepas.

Hadirnya gambar intipan ini memberikan harapan bahawa jentera ini akan masuk Malaysia, namun kami tidak pasti jua.

Sumber: Mohamad B Anuar (terima kasih encik!)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan