Akhirnya, selepas banyak jangkaan dan khabar angin harga Zontes 368G (2025) telah diumumkan di Malaysia. Zontes Malaysia meletakkan harga jualan yang disyorkan daripada RM28,800.
Kami telah menyiarkan tentang senarai ciri-ciri motosikal ini yang membingungkan setelah menunggang ujinya di Guangzhou, China, tetapi berikut ialah imbasan semula (yang kami terlepas diserlahkan dalam huruf tebal):
- Enjin 368cc, disejukan cecair, DOHC, silinder tunggal yang menghasilkan kuasa maksimum 38.8hp dan tork maksimum 40Nm, jadi enjin Zontes ini merupakan yang paling berkuasa di dalam kelasnya.
- Fork depan jenis terbalik 41mm yang boleh dilaras untuk redaman mampatan dan redaman lantunan.
- Penyerap hentakan berkembar di belakang yang boleh dilaras untuk prabeban dan redaman lantunan.
- Cakera brek depan 300mm yang digenggam oleh oleh kaliper brek empat piston J.Juan. J.Juan merupakan anak syarikat Brembo.
- ABS depan dan belakang. Fungsi ABS belakang boleh ditutup bagi tunggangan off-road.
- Ketinggian pelana yang standard ialah 790mm tetapi pemilik boleh memilih pelana yang lebih rendah berukuran 770mm.
- Kelegaan bumi ialah 180mm.
- Rim depan berukuran 17-inch, manakala yang belakang ialah 14-inci.
- Ruang simpanan di bawah pelana yang amat besar pada 52 liter! Ia boleh menampung dua topi keledar full face. Bahagian belakang ruang itu boleh memuatkan sebuah topi keledar jenis ‘adventure.”
- Ada tiga, ya 3 port pengecas USB.
- Skrin TFT besar 8-inci yang berwarna. Ia sekarang lebih jelas dan paparannya senang dipandang walaupun di bawah matahari terik.
- Terdapat dua mod kuasa enjin iaitu Sport dan Economy.
- Suis-suis dengan lampu latar.
- Pengaktifan dan nyalaan tanpa kunci. Penutup tangki minyak juga tidak memerlukan kunci.
- Skrin angin boleh dilaras tujuh kedudukan.
- Tuil brek depan dan belakang boleh dilaras.
- Pelindung tangan adalah ciri standard.
- Sepasang pemijak kaki yang ekstra yang membolehkan penunggang berdiri ketika dia menunggang off-road ataupun hendak menunggang secara agresif.
- Pemanas genggaman handel. Jangan kata tak perlu, sehinggalah anda menunggang ke atas Genting atau Cameron dalam hujan.
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).
- Kamera ‘dashcam‘ depan dan belakang sebagai ciri standard.
- Kerangka keluli perlindungan badan motosikal.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu Grey with Blue, White with Gold, and Golden Stone Green.
Akhir sekali, mengenai kebimbangan pengguna tentang ketersediaan selepas jualan dan alat ganti, inilah yang Zontes Malaysia katakan:
Memandangkan kebimbangan orang ramai baru-baru ini mengenai perkhidmatan selepas jualan kami, terutamanya ketersediaan alat ganti, kami telah menjalankan semakan menyeluruh dan melaksanakan beberapa langkah untuk menangani isu ini. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan pelanggan kami tidak akan mengalami kesulitan akibat kekurangan alat ganti pada masa hadapan. Langkah-langkah ini termasuk meningkatkan tahap inventori kami dan mewujudkan perkongsian yang lebih kukuh dengan Ibu Pejabat Zontes. Kami komited untuk menyediakan tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaan tertinggi kepada pelanggan kami.