Bikesrepublic

Fantic Imola dan Fantic Stealth yang Sedia untuk Produksi Ditunjukkan di EICMA 2024

Jenama Fantic masih belum terkenal di Malaysia, namun ia semakin mendapat perhatian, terutamanya menginkuti kejayaan Caballero Scrambler 500 dalam Rimba Raid. Kini, syarikat itu mempamerkan motosikal sport Fantic Imola dan motosikal naked Fantic Stealth yang sedia untuk produksi di EICMA 2024.

Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin satu silinder 460cc baharu yang dibangunkan secara dalaman dengan kerjasama pengeluar enjin Motori Minarelli. Ia telah dibangunkan selama tiga tahun dan memenuhi peraturan Euro5+. Ini adalah langkah yang berbeza daripada menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Zongshen.

Enjin itu dikatakan menghasilkan 44.4hp pada 8,250 RPM, dengan beratnya kurang daripada 40kg, dan menggabungkan klac slipper selain pendikit ride-by-wire. Terdapat juga enjin 125cc yang lebih kecil yang menghasilkan 15hp.

Enjin ini ditempatkan dalam kerangka yang menggabungkan trellis keluli di bahagian atas, dengan plat sisi aluminium di bawah. Terdapat skrin TFT 5-inci dengan pautan Bluetooth, kawalan cengkaman berbilang peringkat dan ABS selekoh.

Daripada segi varian, Fantic Imola ialah motosikal sportbike yang lengkap dengan sayap, manakala Fantic Stealth ialah motosikal naked yang merangkumi unit lampu hadapan seperti Ducati Streetfighter. Kedua-duanya juga mempunyai peredam ekzos yang dipasang tinggi.

Kami menjangkakan motosikal ini akan dilancarkan pada separuh pertama 2025.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube