Bikesrepublic

Diuji: Modenas V15 2017 – “The New Kid on the Block”

 

 

 

  • Motosikal Modenas V15 2017 ini telah diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu bersama dengan motosikal lumba Modenas Pulsar RS200 dan motosikal naked NS200.
  • Motosikal V15 yang bergaya retro ini menawarkan sesuatu yang berbeza dan unik bagi segmen 150cc di pasaran Malaysia.
  • Motosikal yang berilhamkan cafe racer ini menawarkan penggayaan yang hebat, perbatuan yang menakjubkan pada harga yang berpatutan, menepati ciri-ciri motosikal yang ingin dimiliki oleh kebanyakan orang ramai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pasaran Malaysia yang padat dengan motosikal berkapasiti kecil, kapchai dan skuter, kebanyakan daripadanya seakan-akan diperbuat dari acuan yang sama secara berulangkali dengan beberapa perubahan serta penambahbaikan yang kecil bagi menarik perhatian dan membezakan antara satu sama lain. Fakta ini tampak sangat jelas sekali apabila kita memperkatakan tentang motosikal dalam kategori 150cc dan ke bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sudah pasti ada beberapa perbezaan dalam keseluruhan pakej yang disediakan tetapi kesimpulannya, tidak terdapat banyak variasi yang menjadikan satu-satu motosikal itu lebih menonjol berbanding persaingannya. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan Modenas. Mereka yang telah bekerjasama dengan Bajaj Auto Limited, pengeluar dari India, telah membawa masuk tiga model baru yang amat mengujakan ke tanah air kita ini. Dan pada penulis ini, Modenas V15 2017 tampak seperti model yang paling menarik perhatian antara ketiga-tiga model ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diasaskan daripada Bajaj V15, motosikal ini telah dijenamakan semula dan dipasang siap oleh Modenas bagi menawarkan rakyat Malaysia sesuatu yang unik dalam kategori 150cc. Dianggap sebagai salah satu motosikal paling popular di India, motosikal V15 ini telah disuntik dengan gaya motosikal retro dengan secubit zat dan gaya motosikal cafe racer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melihat pada rupa paras motosikal ini, secara jujurnya kami merasakan yang ianya antara motosikal berkapasiti kecil yang agak kekar dan tidaklah kelihatan sekecil yang disangka. Malah, ianya lebih kurang sama besar saiznya dengan dua saudaranya yang lebih besar, motosikal Modenas Pulsar RS200 dan juga NS200.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan penggayaannya yang ringkas digabungkan dengan kelengkapan yang boleh diharap, motosikal V15 ini boleh dikatakan sebagai sebuah motosikal yang mudah untuk ditunggang dengan penyelenggaraan yang mininum bagi memastikannya berfungsi dengan lancar untuk jangka masa yang lama seperti mana yang didakwa oleh Bajaj. Menunggang motosikal ini seakan menunggang sebuah motosikal cafe racer dengan posisi duduknya yang mendatar selari dengan tangki bahanapinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dijana oleh enjin DTS-i 150cc Bajaj, motosikal V15 ini didatangkan dengan teknologi dwi palam pencucuh yang menghasilkan sejumlah 11.8hp pada 7,500rpm dan 13Nm tork pada 5,500rpm. Dengan beratnya hanya pada 136kg, motosikal ini terasa selesa untuk tunggangan di sekitar jalan raya di bandar. Walaupun motosikal ini bukanlah dibina untuk kelajuan, ianya boleh mencapai had kelajuan lebuhraya dengan mudah, namun, motosikal bukannya sebuah motosikal yang anda ingin tunggang dengan laju. Ianya sesuai untuk tunggangan bersiar-siar di bandar raya secara santai, menarik perhatian ramai dengan gayanya yang retro itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Merentasi keseluruhan lima kelajuan kotak gearnya terasa aneh pada awalnya, memandangkan untuk menukar ke gear lebih tinggi dilakukan dengan menyungkit tuil gear ke atas dan sebaliknya untuk menukar ke gear yang lebih rendah. Seperti kebanyakan kapchai, motosikal V15 ini memperoleh kuasa yang lebih dari gear kelimanya bagi memastikan motosikal retro ini dapat mencapai kelajuan bersiar lebuhraya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dilengkapkan dengan fork hadapan teleskopik dan penyerap belakang berkembar (dan bukannya penyerap hentakan mono yang dinyatakan dalam lembaran spesifikasi sebelum ini), ianyan memberikan ruang gerakan yang mencukupi untuk menyerap hentakan yang disebabkan oleh celaan kecil di atas jalan raya tanpa sebarang kesukaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aspek dan juga tarikan terbesar motosikal Modenas V15 ini sudah semestinya perbatuannya. Bajaj mendakwa yang ia dapat mencapai sehingga 57km bagi setiap liter bahanapi, jadi, secara teorinya motosikal ini mampu merentasi jarak sehingga 680km berdasarkan kapasiti tangki bahanapinya yang sebesar 12 liter. Kami teringin sekali untuk mencubanya dalam keadaan sebenar dan kami mendapati, motosikal V15 ini dapat merentas hanya separuh sahaja dari jarak yang dikatakan apabila kami mengujinya dan memulas pendikitnya ke kelajuan tertinggi. Jika kelajuan dikekalkan pada sekitar 80km/j, anda mungkin sekali
boleh mencecah jarak melebihi 400km tetapi untuk mencapai jarak 680km bagaikan agak mustahil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun begitu, merentasi jarak melebihi 300km dengan satu tangki bahanapi penuh bukanlah satu perkara yang remeh, ianya agak menakjubkan sebenarnya. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang timbul. Dua antaranya adalah pelana dan posisi menunggangnya yang memberi tekanan pada bahagian belakang jika menunggang jarak jauh jadi beberapa hentian untuk rawat dan rehat adalah idea yang baik. Bagi mereka yang berketinggian melebihi 170cm juga pasti akan terasa posisi menunggangnya agak kekok dan menyesakkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tayar standard FKRnya berfungsi baik pada permukaan kering namun tidak begitu baik dalam hujan mahu pun pada lopak air. Penulis sendiri mengalami insiden di mana kedua-dua tayar motosikal ini menggelongsor sedikit apabila melalui bahagian basah di atas jalan di permulaan selekoh tetapi tayarnya mendapat cengkamannya kembali selepas melalui tompokan basah itu. Oleh dengan itu, adanya lebih baik jika selepas mendapatkan motosikal V15 yang bergaya ini, ada menukar tayarnya ke jenis yang lebih mesra cuaca basah terutamanya untuk tunggangan di negara kita ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk motosikal dengan saiz, gaya, prestasinya ini, kebiasaannya orang akan menjangkakan yang ianya akan ditetapkan pada harga sekitar RM10,000 namun Modenas mengejutkan semua apabila harga rasmi yang telah mereka tetapkan untuk motosikal V15 ini adalah pada harga serendah RM5,989 (asas beserta GST). Dengan pakej yang telah ditawarkan, semestinya ianya satu tawaran yang hebat. Didatangkan dalam warna Hitam atau Putih (dua-dua dengan kemasan warna merah), anda juga boleh menambah tarikan cafe racer motosikal V15 ini dengan pilihan penutup pelana pembonceng seperti mana yang terdapat pada motosikal uji yang kami tunggangi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal dengan rupa menarik, perbatuan yang menakjubkan dan boleh didapati dengan harga berpatutan. Modenas V15 2017 ini sudah bersedia untuk menggegarkan pasaran Malaysia bersama-sama dengan saudara-saudaranya yang lebih besar; Pulsar RS200 dan NS200. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk lebih banyak ulasan dan perkembangan dunia permotoran.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube