BMW S 1000 RR (2027) generasi baharu akan didedahkan pada 23 Mei, 7 malam CEST (1 pagi, 24 Mei di Malaysia). BMW Motorrad baru sahaja mengeluarkan imej acah dalam platform media sosial mereka sebelum pelancaran.
Imej acah itu menunjukkan sebuah motosikal yang diprofilkan dengan latar belakang hitam dan kelabu, dan kita hanya boleh melihat bentuk asas S 1000 RR. Namun, bahagian atas cermin depan yang besar, tangki bahan api yang dibelah, pelana, dan unit ekor kelihatan jelas . Anda juga boleh melihat sayap depan yang besar juga.
Bagaimanapun, adakah model BMW S 1000 RR (2027) baharu ini membawa peningkatan prestasi? Enjin empat silinder sebaris semasa menghasilkan 209 hp dan 112.6 Nm. Ia bukan yang paling berkuasa di kalangan superbike yang lain, jadi peningkatan kuasa maksimumnya juga boleh memberi manfaat kepada motosikal ini dalam gelanggang Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).
