Bikesrepublic

ABS – Apakah Tugasnya dan Bagaimana ia Berfungsi

Pihak berkuasa Malaysia akhirnya mewajibkan pemasangan ABS kepada motosikal baharu 150cc dan ke atas mulai tahun depan. Ia adalah sesuatu yang diminta oleh banyak pihak termasuk penunggang motosikal dan pakar keselamatan pengangkutan sejak sekian lama.

Walaubagaimanapun, kita perlu memahami lebih lanjut tentang sistem ABS dan cara ia berfungsi, kerana tiada gunanya memiliki ciri tersebut tanpa mengetahui apa-apa mengenainya. Malah, terdapat banyak tanggapan salah tentang ABS yang boleh membahayakan nyawa dan anggota badan penunggang.

Tanggapan salah tentang ABS

Mari kita mulakan dengan ini sebelum menerangkan lebih lanjut.

  • “ABS aktif ketika bila-bila saya membrek.”

Tidak benar. ABS hanya diaktifkan jika penunggang brek kuat sehingga roda mula terkunci (roda berhenti bergerak). ABS tidak aktif dalam semua aspek membrek.

Daripada MCN, sila klik foto untuk artikel penuh.
  • “ABS membantu saya berhenti lebih cepat dan dalam jarak yang lebih pendek.”

Tidak semestinya. Sistem ini memang membantu motosikal untuk berhenti lebih cepat jika seseorang brek dengan sangat kuat di atas permukaan yang kering dan memberikan cengkaman yang baik kerana ambang antara kuasa brek maksimum dan penguncian roda adalah lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, membrek dengan maksimum di atas permukaan licin mungkin mengambil masa lebih lama kerana tayar lebih mudah terkunci/gelongsor, contohnya ketika membrek kera di atas garisan jalan yang basah. Oleh itu, sistem mengaktifkan lebih awal/lebih mudah untuk membiarkan roda terus berputar,  justeru jarak berhenti yang lebih jauh.

  • “ABS menghalang saya daripada membrek lebih kuat.”

Tidak benar. ABS diaktifkan kerana penunggang telah melebihi daya cengkaman tayar yang ada, oleh itu dia tidak boleh brek lebih kuat walaupun tanpa ABS.

  • “ABS menambah berat kepada motosikal dengan banyak.”

Ini benar dengan sistem lama yang mempunyai berat 11 kg pada tahun 1988. Sistem semasa seringan 700 gram.

  • “Saya boleh melepaskan tuil dan menekannya dengan cepat jika tayar hilang cengkaman.”

Benar, tetapi tiada manusia yang dapat menandingi frekuensi 24 Hz (24 kali sesaat) sistem ABS, selain menggunakan jumlah tekanan brek yang jitu.

Apakah fungsi ABS?
  • ABS bermaksud sistem brek anti kunci (anti-lock braking system).
  • Ia mengelakkan roda daripada terkunci (tidak bergerak), terutamanya apabila membrek keras samada dalam situasi panik atau di atas permukaan licin.
  • Roda terkunci mengakibatkan kehilangan kawalan dan/atau kegelinciran.
  • Oleh itu, ABS membantu penunggang untuk memperlahankan atau berhenti dalam kawalan.
  • Bergantung pada kelajuan motosikal, penunggang juga boleh mengendalikan motosikal untuk mengelakkan bahaya (contoh: kereta terkeluar di hadapan anda) kerana roda masih bergolek.
ABS vs. no ABS
Kelebihan ABS
  • Kuasa brek paling berkesan pada ambang roda terkunci. Dalam erti kata lain, hanya apabila tayar hampir kehilangan daya cengkaman dan menyebabkan roda berhenti bergerak.
  • Oleh itu, dengan ABS, penunggang boleh membrek pada tekanan maksimum tanpa kehilangan kawalan.
  • ABS menghalang roda daripada terkunci dan tergelincir ketika membrek dengan ekstrim.
  • Penunggang masih boleh mengemudi motosikal semasa membrek ekstrim.
  • Kawalan yang lebih baik ketika membrek keras atas permukaan licin.

Bagaimanakah ABS berfungsi?
  • Gear gelang logam kecil dipasang pada setiap roda (untuk ABS dwi-saluran).
  • Gear gelang ini juga dipanggil atau roda nada.

  • Sensor magnet diletakkan di atas gelang itu.

  • Denyutan elektrik yang terhasil daripada sensor dihantar ke unit kawalan elektronik (ECU) ABS.
  • ECU dipautkan ke pam ABS.
Modul ABS module. Bahagian hitam ialah ECU
  • Terdapat injap dalam pam.
  • ECU mengukur kekerapan denyutan daripada gelang nada.
  • Jika ECU merasakan penurunan nada yang mendadak, ia tahu roda akan terkunci.
  • Apabila nada mencecah sifar (roda telah berhenti berputar), ECU akan menutup injap dalam pam untuk mengurangkan tekanan hidraulik bendalir (minyak) brek.
  • Penurunan tekanan melepaskan pad brek dari cakera brek.
  • Roda akan berputar semula kerana momentum (lajak) motosikal yang ke depan.
  • Tekanan brek akan diteruskan serta-merta selepas dilepaskan, selagi tuil brek ditekan.
  • Pelepasan tekanan/membrek semula berlaku sehingga 24 Hz (24 kali sesaat).
  • Proses ini akan diteruskan selagi tuil brek ditekan atau sehingga motosikal berhenti.
NOTA PENTING KEPADA PENUNGGANG
  • ABS hanya diaktifkan apabila roda mula terkunci.
  • Tuas brek akan berdenyut apabila ABS diaktifkan.
  • Jangan lepaskan tuil apabila ia berdenyut jika anda masih perlu meneruskan brek.
  • ABS memberi peluang untuk mengemudi atau melencong dari bahaya (contoh: Kucing melintas jalan), jadi pandang dan cari arah selamat daripada bahaya untuk mengelakkan terkunci perhatian (target fixation) kepada kucing itu, dan kemudikan motosikal!

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube