Bikesrepublic

Yamaha YZF-R1 GYTR Habis Dijual Dalam Tempoh 24 Jam

  • Model Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual ke semuanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
  • Kru pasukan Yamaha Racing Team yang telah memenangi perlumbaan Suzuka 8-Hours Endurance bertanggungjawab dalam pembinaannya.
  • Hanya 20 buah unit yang ditawarkan pada harga €39,500.

Motosikal Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Laris sungguh model ini, macam goreng pisang panas.

Hanya 20 buah unit telah dibina bagi menandakan ulang tahun ke-20 model Yamaha YZF-R1. Di samping itu, model YZF-R1 yang baharu telah memenangi perlumbaan berprestij Suzuka 8-Hour Endurance tahun ini. Ianya merupakan kemenangan perlumbaan Suzuka 8-Hour kali ke-empat berturut-turut bagi motosikal ini.

Motosikal ini ditukang tangan oleh pasukan Yamaha Racing Team rasmi yang telah menang di Suzuka tahun ini. Tampak jelas sekali daripada gambarnya bahawa motosikal ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan perlumbaan dari katalog dan penaja GYTR.

Kelengkapannya itu cukup untuk membuatkan mana-mana pelumba terliur. Brek hadapannya dikendalikan oleh angkup hadapan Brembo GP4-R yang mencengkam cakera brek 320mm T-Drive. Bendalir brek dipam melalui silinder utama Brembo 19RCS Corsa Corta. Fork hadapannya ialah Öhlins FGRT 219 dan penyerap hentakan belakangnya adalah TT36 GP. Ia juga dilengkapkan dengan tayar slick Bridgestone V02. Sistem ekzos titanium Akrapovic Evo 2. Reraup karbon fiber. Mengancam.

Setiap sebuah YZF-R1 GYTR ini akan didatangkan dengan nombor siri yang diukir di atas apit tiga dan sijil keaslian.

Ianya telah ditawarkan pada harga €39,500, yang mana 20 orang pembelinya tidak berkelip mata untuk membelanjakannya untuk memiliki motosikal yang teramat istimewa ini. Dan sejujurnya, jika kita juga mempunyai wang lebihan sebanyak €40,000, pasti tidak teragak-agak akan menggunakannya untuk memiliki jentera menakjubkan ini.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube