Bikesrepublic

Wilayah International Motofest 2018 Akan Kembali Pada 23 Februari 2018!

 

 

  • Pelancaran bagi Wilayah International Motofest 2018 telah dirasmikan pada hujung minggu ini di Lake Gardens, Kuala Lumpur.
  • Acara motosikal utama ini akan dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kepala Kuasa Motorcycle Group (KKMG).
  • Acara tiga hari ini akan berlangsung bermula dari 23 hingga 25 Februari 2018 di Dataran Merdeka.

 

Wilayah International Motofest (WIM) buat kali keduanya telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu di Lake Gardens Kuala Lumpur di mana para penganjurnya telah mengesahkan yang WIM 2018 akan berlangsung dari 23 hingga 25 Februari 2018. Acara ekstravaganza motosikal selama tiga hari itu telah dirasmikan pada hari Sabtu lalu di hadapan lebih daripada 300 orang penunggang motosikal dari seluruh negara.

Dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama dengan Kepala Kuasa Motorcycle Group (KKMG), acara utama bagi tahun 2018 telah direncana untuk menjadi acara yang lebih besar dan lebih gempak berbanding dengan acara Wilayah International Motofest yang julung kali diadakan pada bulan Februari 2017 yang lalu.

Festival motosikal yang julung kali diadakan pada awal tahun ini telah berlangsung dengan jayanya, dengan lebih daripada 70,000 orang penunggang motosikal dari seluruh pelusuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan juga Brunei telah berkumpul di Dataran Merdeka yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, di mana sasaran awalnya hanyalah sebanyak 30,000 sahaja. Bagi tahun 2018, para penganjurnya ingin memeriahkan lagi acara ini dengan bekerjasama dengan pelbagai industri berbeza seperti permotoran, pelancongan, sektor awam dan juga swasta, beserta dengan orang ramai.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara Wilayah International Motofest 2017 yang diadakan julung kalinya itu, TEKAN SINI.

WIM 2018 juga mensasarkan penyertaan daripada pengeluar utama seperti mana yang mereka telah lakukan pada awal tahun ini pada skala yang lebih besar. Para pengeluar seperti BMW Motorrad, Harley-Davidson, Kawasaki, Yamaha, Ducati, Cleveland dan pelbagai lagi pengeluar yang lain ingin menyertai festival ini di samping bengkel persendirian dan pembina motosikal buatan khas yang telah menghasilkan motosikal buatan khas terhebat di negara kita.

Badan-badan kerajaan seperti DBKL, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia, dan bermacam-macam lagi juga akan turut memperagakan kelengkapan terbaik mereka semasa acara tiga hari berkenaan pada bulan Februari yang akan datang. Di samping menghiburkan para peserta, mereka juga akan mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

Terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh disertai para penunggang motosikal serta seluruh isi keluarga. Daripada pertandingan berkaitan motosikal, aksi lagak ngeri, hingga ke pameran-pameran yang menakjubkan, Wilayah International Motofest 2018 akan membawa bahang kehangatan mereka ke ibu kota Kuala Lumpur sebagai salah sebuah acara motosikal terbesar di Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai WIM 2018, layari laman Facebook rasmi WIM.

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube