Bikesrepublic

VW Group Cadang Jual Ducati?

Ketika VW Group berada dibawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferdinand Piech, VW memperoleh beberapa syarikat automotif.

Bagaimanapun, segalanya kelihatan bakal berubah dibawah CEO baharu Herbert Diess yang dilihat bercadang kembali mengecilkan portfolio syarikat itu dengan menjual beberapa pemilikan jenama lain.

Menurut beberapa dakwaan media di Eropah, antara jenama yang akan ‘disingikirkan’ adalah Ducati serta dua jenama automotif Itali dan Perancis, Lamborghini dan Bugatti.

Pada masa sama, timbul laporan yang mengatakan langkah itu selain daripada penstrukturan semula syarikat adalah cubaan untuk meraih dana bagi memacu program mobiliti elektrik dengan lebih agresif.

Volkswagen

VW Group sebelum ini merancang untuk menghasilkan lebih 50 model elektrik dengan perbelanjaan sekitar USD66 bilion.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘penyingkiran’ itu melibatkan penjualan atau sekadar membenarkan Ducati dan Lamborghini yang ketika ini berada di bawah kendalian Audi untuk bergerak sendirian.

Lamborghini

Audi sendiri pernah mencari pembeli Ducati beberapa tahun lalu sebelum membatalkan usaha itu lantas dakwaan penjualan jenama motosikal Itali itu bukanlah sesuatu yang baharu.

Ducati

Namun, perbezaan besar kali ini adalah VW Group bukan lagi di bawah kendalian Piech lantas perkhabaran baharu ini mungkin ada perkembangan sendiri.

Borgo Panigale

Sementara tu, majalah Car melaporkan jenama supercar elektrik Croatia, Rimac berminat untuk ambil alih Bugatti yang ketika ini merupakan jenama kereta paling premium di bawah VW Group.

Bugatti

Langkah baharu ini sekiranya terlaksana mencerminkan fokus baharu VW Group berbanding sewaktu di bawah kendalian Piech.

Piech, yang memegang jawatan CEO lebih 30 tahun lalu kemudian dilantik pengerusi Volkswagen meluluskan pengambil alihan pelbagai jenama dari kereta mampu milik seperti Seat dan Skoda sehinggalah ke premium mewah seperti Bentley dan Bugatti.

Ferdinand Piech

Usaha itu menempatkan VW Group bersaing dengan Toyota dan gabungan Renault-Nissan-Mitsubihi Alliance sebelum Piech disingkirkan pada 2015 susulan skandal penipuan emisi.

Piech kemudiannya meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Kini dibawah kendalian Diess, VW Group jelas mengalihkan perhatian kepada pembangunan mobiliti elektrik dan misi itu mungkin hanya boleh direalisasikan dengan melepaskan Ducati, Lamborghini dan Bugatti.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan