Bikesrepublic

Triumph Rocket III Baharu Telah Diintip – Dijangka Hadir Dengan 2,500 hingga 2,800cc! 180 hingga 200hp!

Sumber imej: motorcycle.com
  • Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian.
  • Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu.
  • Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.

Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa model Triumph Rocket III baharu mungkin akan diperkenalkan. Ianya kini telah disahkan apabila prototaipnya telah diintip sedang menjalani ujian tanpa sebarang samaran.

Triumph terpaksa menghentikan pengeluaran model Rocket III yang sebelum ini oleh kerana piawaian Euro4. Ianya bagaimana pun masih dijual di Amerika Syarikat.

Model Triumph Rocket III Baharu Dibocorkan?

Dari gambar-gambar intipan berkenaan, kita dapat lihat yang ianya didatangkan dengan penggayaan yang baharu. Reka bentuk baharunya itu telah mengemaskini model Rocket ini daripada sebuah motosikal klasik menjadi sebuah motosikal ‘power cruiser’ sejati. Triumph berkeinginan untuk memberikan saingan kepada model Ducati Diavel dan Harley-Davidson V-Rod, jadi rupa paras baharu ini pasti dapat membantunya.

Apa yang boleh kita pelajari dari gambar intipannya?

Motosikal prototaip Rocket III ini tampak sudah sedia untuk dikilangkan.

Penutup kepala silinder enjinnya nampak baharu, tetapi ciri yang paling menonjol sekali adalah ekzosnya. Ia kini menggunakan atur cara paip ‘3-into-1-into-2’ dengan hujung ‘slash-cut’.

Enjinnya tidak syak lagi nampak lebih besar dan kapasitinya dijangka berada di antara 2,500 hingga 2,800cc. Dan oleh kerana itu, kita boleh menjangkakan yang keluaran kuasanya berada di antara 180 hingga 200hp.

Sumber imej: motorcycle.com

Kerangkanya juga tampak baharu. Bagi casisnya pula, ia kini dilengkapi dengan penyerap hentakan belakang tunggal manakala forknya pula dari jenis fork terbalik. Pacuan akhirnya masih menggunakan pacuan syaf namun lengan ayunnya kini adalah lengan ayun satu sisi. Angkup pautan jejari Brembo Monobloc mengapit cakera breknya.

Dari segi penggayaannya, lampu hadapan berganda motosikal ini telah dikekalkan, tetapi, ia kini tampil dengan LED. Lampu belakangnya telah direka semula dan juga telah dilengkapi dengan LED. Selain itu, motosikal baharu ini tampak lebih ‘sado’ dan agresif berbanding model terdahulu.

Sumber imej: motorcycle.com

Jika anda perhatikan dengan lebih teliti di bahagian atas palang pemegangnya, anda boleh nampak paparan TFT baharu yang pada mulanya telah diperkenalkan dengan model Scrambler 1200 2019. Berdasarkan fakta ini kita boleh andaikan yang ianya akan dilengkapi dengan kebolehan Bluetooth dan kawalan kamera GoPro.

Satu nota ringkas terakhir. Kami ingin sekali melihat reaksi orang ramai apabila kami beritahu mereka yang kapasiti enjinnya adalah 2,500/2,800cc.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube