Bikesrepublic

Tiga Moto Dengan Jayanya Telah Menganjurkan DGR KL 2018

  • Tiga Moto dengan jayanya telah menganjurkan DGR KL 2018 (Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur) mereka untuk kali pertamanya.
  • Lebih daripada 600 orang penunggang telah mendaftar untuk tunggangan ini di mana pelbagai jenis jentera moden klasik telah berkonvoi dari Dataran Merdeka menuju ke Muzium Negara.
  • Konvoi bahagian Kuala Lumpur ini telah berjaya mengutip dana sehingga $6,543 (kira-kira RM27,104).

Ianya satu pemandangan yang mengagumkan, di mana lebih daripada 600 orang penunggang dari pelbagai latar belakang telah berkumpul di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur pada petang semalam untuk acara tahunan DGR KL 2018, atau Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2018. Dianjurkan oleh Tiga Moto (pemilik syarikat Tiga Moto Supply Company yang terletak di The Gasket Alley, PJ), satu perarakan jentera moden klasik telah berarak dari Dataran Merdeka menuju ke Muzium Negara.

Berazam untuk menjadikan acara DGR KL 2018 lebih bermakna, Tiga Moto telah berjaya memastikan majoriti peserta mendaftar dan menderma untuk konvoi ini. Secara keseluruhan, acara bahagian Kuala Lumpur ini berjaya mengutip derma sejumlah $6,543, iaitu kira-kira RM27,104!

Dan atas pengalaman yang telah diperolehi dari tahun-tahun yang sebelumnya, tunggangan kali ini telah diadakan lewat petang, di mana ianya kurang terik dengan tiupan angin yang mendinginkan. Konvoi ini terdiri daripada pelbagai rangkaian motosikal moden klasik dari jenama malar segar Vespa, sehinggalah jentera dari Moto Guzzi, yang telah berarak melalui laluan utama ibu kota, bermula dari Jalan Raja Laut, melalui Bukit Bintang, dan berakhir di Muzium Negara.

Para peserta telah dialu-alukan dengan sajian ringan, dan kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk hadir dengan pakaian mereka yang paling kemas dan segak bagi memperagakan sokongan mereka terhadap acara ini. Hiburan serta anugerah telah diberikan seperti ‘Mr. dan Mrs.DGR KL 2018’, memastikan yang acara ini kekal meriah dan menghiburkan.

Berazam menjadikan konvoi ini lebih diingati, Tiga Moto juga turut menganjurkan acara ‘The Union 2018’, anjuran mereka buat kali kedua, di mana para peserta DGR boleh beramah mesra sesama mereka dalam suasana yang lebih santai, dihidangkan dengan makanan yang enak, muzik, dan aura yang hebat di The Gasket Alley, PJ.

Rakan dan taulan telah menunggangi jentera mereka ke The Gasket Alley, di mana Kawasaki Motors Malaysia (KMSB), telah mengambil peluang ini untuk mempratontonkan jentera café racer terkini mereka, Kawasaki Z900RS Cafe 2018. Jentera retro hijau yang buas ini telah dipamerkan dengan megahnya di hadapan ruang pameran Tiga Supply Company.

Secara keseluruhannya, kami yakin bahawa acara DGR KL 2018 ini telah berlangsung dengan jayanya, berdasarkan jumlah pesertanya, serta jumlah kutipan derma bagi tujuan yang murni ini. Seperti mana kata pemain bola sepak legenda, Pele, ” Success is no accident. It is hard work, perseverance, learning, studying, sacrifice and most of all, love of what you are doing or learning to do.”

Kawasaki Z900RS Cafe 2018 Bakal Tiba Di Malaysia! RM72,372

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan