Bikesrepublic

MotoGP: Thomas Luthi Menandatangani Perjanjian Bersama Marc VDS Bagi Musim 2018

 

  • Marc VDS Racing Team telah memilih Thomas Luthi sebagai penunggang kedua mereka bagi musim 2018.
  • Penunggang berusia 30 tahun dari Switzerland itu akan berhijrah ke MotoGP pada musim hadapan bersama dengan seteru semasanya dalam Moto2, Franco Morbidelli.
  • Kedua-dua Luthi dan Morbidelli berada di tempat teratas dalam kejohanan dunia Moto2 2017 dengan hanya 26 mata membezakan kedua-dua orang penunggang ini.

 

Pasukan Estrella Galicia 0,0 Marc VDS akhirnya telah melengkapkan barisan penunggang MotoGP mereka bagi musim 2018 dengan penandatanganan penunggang Moto2 semasa, Thomas Luthi. Musim MotoGP 2018 akan menyaksikan Thomas Luthi berganding dengan seorang lagi penunggang baru, Franco Morbidelli, yang kini sedang mendahului kejohanan Moto2 2017.

Buat masa ini, kedua-dua Thomas Luthi yang sedang berlumba bagi pasukan CarXpert Interwetten Moto2 dan Franco Morbidelli yang bersama dengan pasukan Marc VDS Moto2 sedang berada di tangga teratas kedudukan dunia Moto2 2017 dengan Morbidelli berada sebagai pendahulu dengan 207 mata manakala Luthi pula tidak jauh ketinggalan dengan 181 mata; hanya26 mata memisahkan mereka berdua.

Penunggang berusia 30 tahun dari Switzerland itu telah menjadi kuasa yang dominan bagi musim 2017 dalam siri Moto2. Daripada 11 pusingan setakat ini, Luthi telah berada di atas podium sebanyak sembilan kali, termasuk ketika memenangi perlumbaan di Brno sewaktu GP Czech.

Selain dari kejayaan perlumbaannya, terutamanya dengan dua kejohanan yang telah dimenanginya, Luthi juga mempunyai pengalaman di atas motosikal perlumbaan MotoGP apabila dia telah dipilih bagi menguji jentera KTM RC16 pada tahun 2016 sebelum penyertaan sepenuh masa pengeluar itu pada tahun ini.

Thomas Luthi sedang menguji jentera MotoGP KTM RC16 pada 2016 (sumber imej: www.bikeadvive.in)

Menurut Marc van der Straten, presiden Marc VDS Racing Team, dia menyatakan bahawa “Terdapat beberapa pilihan yang kami ada sewaktu kami sedang mencari seorang penunggang MotoGP bagi musim 2018, tetapi, Thomas Luthi telah menjadi pilihan sebulat suara, walaupun dia seorang penunggang baru MotoGP.”

Thomas Luthi (kanan) bersama dengan Marc van der Straten (kiri), presiden Marc VDS Racing Team (sumber imej: Marv VDS)

Sebagai bekas Juara Dunia 125cc, konsistensinya sepanjang tujuh musim dalam Moto2 amat menakjubkan, dengan tempat ke-enam merupakan satu-satunya waktu dia menamatkan musim bukan dalam kedudukan lima teratas kejohanan. Dia selalu memberikan persaingan yang sengit pada kami dalam kelas pertengahan dan pada tahun ini, tiada perbezaannya, dengan konsistensinya sekali lagi menjadikannya pencabar terbesar untuk aspirasi kejuaraan kami. Tom cocok sekali dengan pasukan kami dan saya berasa gembira dan juga bangga untuk mengalukannya ke keluarga Marc VDS Racing”, tambah Straten.

Nampaknya bagi musim MotoGP pada tahun yang akan datang akan terdapat banyak penunggang baru. Adakah mereka akan menunjukkan kesungguhan dan semangat membara untuk ditunjukkan kepada penunggang veteran atau pun mereka perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi mencapai kedudukan podium teratas MotoGP yang menjadi impian semua pelumba? Hanya masa yang akan menentukannya.

Teruskan kekal bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan