Bikesrepublic

Tenneco Inc. Akan Memiliki Saham Majoriti Dalam Öhlins Racing A. B.

  • Tenneco Inc. akan membeli saham majoriti dalam syarikat suspensi terkemuka, Öhlins Racing A. B.
  • Pengasas Öhlins, Kenth Öhlin akan kekal bersama syarikat berkenaan.
  • Perjanjian ini akan dimeterai pada tahun 2019.

Tenneco Inc. akan memiliki saham majoriti dalam syarikat suspensi premier terkemuka, Öhlins Racing A. B.

Bagi mereka yang kurang arif mengenai Tenneco, syarikat dari Amerika Syarikat ini merupakan pemilik jenama suspensi Marzocchi. Tenneco telah menghentikan operasi Marzocchi pada tahun 2015 sebelum menjualnya kepada VRM, sebuah syarikat automotif dari Itali.

Perjanjian ini bernilai $160 juta (RM669 juta). Saham minoriti akan kekal dengan pengasasnya, Kenth Öhlin. Pemerhati industri menganggap yang jumlah ini adalah satu jumlah premium. Bagaimana pun, Tenneco berhasrat untuk menjadi pendahulu industri suspensi, tidak syak lagi melalui kajian dan pembangunan oleh Öhlins dalam suspensi semi-aktif dan kawalan elektronik (CES).

Brian Kesseler, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Tenneco, telah berkata, “Pasukan teknologi Öhlins akan membolehkan kami untuk mengembangkan tawaran produk kami secara pesat kepada pelanggan sedia ada dan masa akan datang, di samping membantu kami membolot sebahagian besar pasaran dalam pasaram mobiliti yang sedang membangun.” Dia juga telah menambah yang pasukan Öhlins memainkan peranan penting dalam syarikat “Aftermarket and Ride Performance” baharu.

Öhlins pada ketika ini mempunyai seramai 340 kakitangan dalam jabatan Kajian dan Pembangunannya yang terletak di Sweden. Mereka juga mempunyai cawangan dan subsidiari di seluruh dunia, antaranya di Thailand, Sweden, Jerman, dan Amerika Syarikat. Öhlins secara amnya memegang monopoli dalam kancah perlumbaan motosikal jalan raya, dan dengan itu menjadi sebutan para penunggang. (Öhlins juga turut membekalkan sistem suspensi untuk kereta.)

Kami jangka yang perjanjian ini akan dimeterai dalam suku pertama tahun 2019. Kenth Öhlin akan terus menyediakan visi strategi dan teknologi buat syarikat ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube