Bikesrepublic

Suzuki GS1000E “Pelumba Malam” Dilahirkan Semula

  • Motosikal Suzuki GS1000E 1978 ini telah membintangi sebuah filem tahun 1989 bertajuk “Pelumba Malam”.
  • Ia kaya dengan sejarah, antaranya, berlumba di Litar Batu Tiga dan dicuri untuk satu tunggangan suka ria.
  • Ia kini telah dilahirkan semula melalui usaha Legend Racing Garage, Taymen Airbrush, dan lain-lain.

Membina semula sebuah motosikal vintaj atau retro mungkin menelan belanja yang besar, namun hasilnya setimpal keringat yang telah dikerah, lebih-lebih lagi jika ia tampak secantik Suzuki GS1000E 1978 “Pelumba Malam” ini.

Benarkan kami untuk memfrasakan semula ayat itu, ia amat berbaloi dengan segala penat lelah dan wang yang dikeluarkan apabila motosikal tersebut mempunyai sejarah yang pelbagai seperti jentera ini.

Motosikal ini merupakan salah sebuah daripada 2 buah motosikal GS1000E yang digunakan dalam penggambaran filem tahun 1989, “Pelumba Malam”. Filem ini telah dibintangi para pelakon popular seperti Mustapha Kamal, Sabree Fadzil, Sidi Oraza, Edika Yusof dan Noreen Noor.

Motosikal tersebut membuat kemunculan sulungnya dalam filem itu sewaktu kredit pembukaan, sebelum sekali lagi muncul sewaktu satu adegan perlumbaan dalam Terowong Menora berdekatan Jelapang, Perak. Terowong tersebut baru sahaja disiapkan sewaktu penggambaran tersebut.

Dibina pada tahun 1978, motosikal Suzuki GS1000E ini telah dibawa masuk ke dalam negara sebagai “grey import”. Ia milik salah seorang pelakon filem berkenaan dan sering kali berlumba secara kompetitif di litar legenda, Litar Batu Tiga, Shah Alam.

Ia kemudiannya telah bertukar tangan, sebelum dicuri dan dibawa untuk tunggangan suka ria sekitar Kuala Lumpur. Syukurnya, ianya telah dijumpai kembali di Kampung Baru.

Dengan jumlah usia 40 tahun diatasnya, Suzuki “Pelumba Malam” ini berada dalam keadaan yang menyedihkan sewaktu ia tiba di Legend Racing Garage, Setapak. Satu keputusan telah dicapai bagi membogelkannya terus bagi proses pembinaan semula menyeluruh.

Proses pembinaan semula ini bertumpukan pada mengembalikan semula rupa asal GS1000E ini di samping mengemaskininya sesuai dengan tahun 2018 ini, berbanding mengikut haluan motosikal buatan khas atau café racer. Ia kini telah dicat semula dengan skema warna merah dan putih asal, sama seperti motosikal yang ditunggangi Wes Cooley dalam Kejohanan AMA Superbike Championship 1979 di Amerika Syarikat.

Enjinnya telah dibina semula dengan omboh Wiseco yang meningkatkan kapasitinya lebih sedikit daripada 1000cc dari kapasiti 998cc yang asal. Kelengkapan baharu yang lain termasuklah injap, bahagian dalaman enjin, dan ekzos buatan khas baharu.

Jentera Suzuki GS1000E “Pelumba Malam” ini telah dibaikpulih sepenuhnya oleh Legend Racing Garage. Kemasan catnya telah dilakukan oleh Taymen Airbrush yang terletak bersebelahan dengan Legend Racing Garage; pelananya ditukang tangan oleh Has Kusyen di Subang Jaya; dan ‘powercoating’, serta baikpulih dan rawatan permukaan telah dilakukan oleh Malaya Electro Plating.

Dan kini, telah dibaikpulih sepenuhnya, ianya menunjukkan mengapa motosikal seperti Suzuki GS1000E ini (secara keseluruhan bergelar UJM – Universal Japanese Motorcycle), cukup popular, bukan sahaja pada suatu ketika dahulu, tetapi masih juga segar dalam ingatan pembina dan juga penggemar semasa. Kepesonaan motosikal ini adalah pada keringkasan dan ketulusan kepelbagaiannya tanpa sebarang kelengkapan berlebihan. Dan sejujurnya, ia dibina bagi menawan Kejohanan AMA Superbike Championship yang teramat berdaya saing.

Namun, barang kali yang lebih penting lagi, motosikal ini adalah satu ingatan tentang bagaimana motosikal memainkan peranan penting dalam budaya popular Malaysia sejak berdekad lamanya; dan kini ia telah bersedia untuk menjunjung warisan itu untuk masa yang akan datang.

Anda boleh lihat sendiri motosikal Suzuki GS1000E “Pelumba Malam” ini di acara Art of Speed 2018 pada hujung minggu ini (28 – 29 Julai 2018) di MAEPS Serdang.

GALERI GAMBAR

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan