Bikesrepublic

‘Sportbike’ Benelli Tornado 650 Dan 550 Didedahkan

Beberapa tahun ini, anak syarikat Qianjiang Motorcycle, QJMotor telah pun memperkenalkan beberapa model baharu yang dijangka akan turut dibawa sebagai Benelli di pasaran lan.

Perkongsian ‘teaser’ terbaru dari Benelli juga mengesahkan perkara itu apabila mendedahkan Tornado 650 dan 550 serta TNT 550.

*Benelli Tornado 550

Menurut laporan, gambar ilustrasi model itu datang dari pihak Benelli sendiri.

QJMotor dan Benelli telah pun mengorak langkah berkongsi platform bermula dengan TRK 800 tahun lalu yang berkongsi enjin sama dengan QJMotor SRT 750.

Kedua-dua model bahkan berkongsi kerangka yang sama cuma dibezakan daripada aspek rekaan panel badan.

*Benelli Tornado 650

QJMotor juga telah memperkenalkan jentera empat silinder 600cc tahun lalu lantas lakaran terkini oleh Benelli itu mengesahkan TNT 650 itu akan dikuasakan enjin sama.

Berdasarkan imej dikongsikan, jelas model TNT 650 itu juga memaparkan kerangka yang sama.

Untuk rekod, enjin empat silinder 600cc oleh QJMotor itu berupaya menghasilkan 87hp sekaligus meletakan model itu lebih berkuasa dari Yamaha R7.

*Benelli TNT 550

Sementara itu, Tornado 550 dan TNT 550 juga akan dikuasakan enjin sama dari model QJMotor 550cc. Menariknya, enjin tersebut juga dijangka merupakan yang sama dipinjamkan kepada MV Agusta bagi model akan datang, Lucky Explorer 5.5.

Senario ini secara tidak langsung mendedahkkan jentera tersebut akan menawarkan sekitar 47hp seperti yang dimaklumkan MV Agusta sebelum ini.

Walaupun perkembangan dari Benelli cukup menarik namun ekoran model dimaksudkan masih lagi dalam bentuk lakaran awal memberi bayangan bahawa Tornado 650, 550 dan TNT 550 hanya akan didedahkan kepada umum setahun dua lagi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube