Bikesrepublic

Shell Helix HX8 Formula Terbaik Perlindungan Enjin

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan Shell Helix HX8 baharu yang merupakan antara minyak enjin sintetik premium sepenuhnya.

Menggunakan teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin dengan menyesuaikan keadaan pemanduan.

Minyak ini turut menawarkan kestabilan suhu tinggi sebanyak 58 peratus dan perlindungan hakisan sebanyak 78 peratus terutamanya dalam keadaan kenderaan berhenti.

Kedua-dua faktor ini membenarkan pemilik kereta menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama di samping penjimatan bahan api. Bukan itu sahaja, pemilik kereta juga dapat menikmati masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Harga runcit yang ditawarkan bagi pek 4 liter HX8 Synthetic 5W-40 adalah RM165 (Semenanjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) sementara HX8 X 5W-30 dijual dengan harga RM180 (Semenanjung) dan RM181 (Sabah dan Sarawak).

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, berasa yakin orang ramai akan menghargai minyak enjin Shell Helix HX8 berbanding jenama lain yang terdapat di dalam pasaran.

“Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik
sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk
yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” katanya.

Berita baik buat orang ramai, sempena meraikan pelancaran minyak baharu ini dalam pasaran, sebanyak 888 pek minyak HX8 disediakan secara percuma bagi pemilik kereta yang mendaftar secara atas talian di www.shell.com.my/helix888. Pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi pesanan ringkas SMS.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my/heli atau menghubungi talian khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan