Bikesrepublic

Romano Fenati Dipilih Untuk Mengemudi Jentera Perlumbaan Moto2 MV Agusta

  • Pasukan MV Agusta Reparto Corse yang bertanding dalam siri Moto2 telah mengesahkan Romano Fenati sebagai salah seorang penunggang mereka bagi musim 2019.
  • Fenati telah beraksi cemerlang dalam Moto3 pada tahun 2017 namun kini bergelut dengan kesukaran dalam Moto2.
  • Menuruti peraturan Moto2 bagi tahun 2019, MV Agusta akan membina jentera mereka berdasarkan enjin Triumph yang baharu.

Seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, pengeluar ternama dari Itali, MV Agusta, akan menyertai grid perlumbaan Moto2 bermula dari musim 2019, tetapi pada ketika itu, mereka masih belum mengumumkan penunggang pasukan mereka. MV Agusta akhirnya telah mengumumkan bahawa Romano Fenati akan mengemudi jentera mereka bersama dengan seorang teman sepasukan.

https://www.bikesrepublic.com/2018/05/18/mv-agusta-kembali-ke-motogp/

Ingin kami ingatkan sekali lagi yang ke semua jentera Moto2 akan menggunakan enjin Triumph 765cc Triple baharu bermula musim hadapan, walaupun sekiranya motosikal tersebut berjenama MV Agusta. Triumph akan membekalkan enjin manakala pembina jentera seperti Kalex, Speed Up, KTM, dan MV Agusta akan membina keseluruhan motosikal.

Pengumuman Fenati sebagai penunggang ini dilihat sebagai perkembangan yang menarik di kalangan peminat. Dia telah dipecat dari pasukan Sky VR46 tajaan Valentino Rossi pada tahun 2016 setelah didapati bersikap kasar terhadap ahli pasukan. Sejak itu, dia telah mendapat reputasi sebagai seorang yang sukar untuk bekerja bersama.

Pasukan Marinelli Honda telah mengikat kontrak dengan penunggang tersebut bagi siri Moto3 musim 2017, di mana dia memperolehi tempat kedua keseluruhan. Fenati kemudiannya berpindah ke Moto2 bagi tahun 2018, namun, dia mengalami kesukaran pada musim ini dan kini menduduki tangga ke-19 dengan hanya 14 mata.

“Saya berasa amat gembira dan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada projek berprestij ini dan menyertai sekumpulan individu yang berkebolehan dan sepadu pasukan Forward Racing Team ini,” ujar penunggang dari Itali yang bersemangat membara itu. “Mengemudi jentera F2 akan menjadi satu kebanggaan buat diri saya dan akan menjadi satu tanggungjawab yang besar, jadi saya akan memberikan keseluruhan tenaga dan pengalaman saya bagi mencapai keputusan yang hebat.”

Sumber imej: MotoGP

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan