Bikesrepublic

Rd 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016: FAZLI TAWAN BATU KAWAN KALI KETIGA

CP130Ahmad Fazli Sham mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor berusia 34 tahun itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan di litar sepanjang 1.265km itu dengan masa 16’18.041s, 2.088s dihadapan pencabar terdekat, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing)  yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’20.129s. Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) di kedudukan ketiga dengan masa 16’20.196s. 

CP130-06Peringkat awal perlumbaan menyaksikan dua pelumba muda, Hafiz Nor Azman dan Kasma Daniel Kasmayuddin bersaing sengit di hadapan sebelum masalah mekanikal jentera Kasma memaksa juara pusingan pertama itu menarik diri dari perlumbaan seawal pusingan ketiga.

Masalah itu bagaimanapun tidak memberi kelebihan untuk Hafiz menjarakkan diri di hadapan sebaliknya rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli berjaya merapatkan jurang sebelum memintas pelumba itu pada pusingan kelima dan mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.

“Jentera kami begitu pantas. Jika bukan sebab masalah mekanikal, sudah tentu kami dapat ulang kemenangan satu – dua di pusingan pertama dahulu. Meskipun Hafiz bermula dengan agresif, saya yakin dia tidak dapat untuk menjarakkan diri dan hanya menunggu peluang untuk memintas, namun selepas Kasma terpaksa menarik diri dari perlumbaan, saya terpaksa bertindak. Tidak lama selepas itu saya berjaya memintas Hafiz dan mendahului perlumbaan,” jelas Fazli tentang kemenangan ketiganya di Batu Kawan.

Tahun 2016 menyaksikan musim ke-15 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berlangsung di Batu Kawan. Dalam tempoh tersebut, hanya empat pelumba berjaya menang lebih dari satu perlumbaan termasuk Fazli, Norizman, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman. Fazli sebelum ini menang perlumbaan di batu Kawan pada tahun 2007 dan 2009.

Kemenangan ini meletakkan Fazli di tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata diikuti Norizman dengan 31 mata dan Kasma ketiga, 25 mata.

CP115 podiumDalam kelas CP115, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) menggunakan kelebihan beraksi di dalam hujan untuk menewaskan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa keseluruhan 14’22.415s.

Tengku Amirul yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 14’22.629s manakala pelumba persendirian, Md Haeikal Akmal Zakaria di tangga ketiga dengan masa 14’32.285s.

Tengku Amirul berada di tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata diikuti Harith Farhan dengan 41 mata.

CP115-03Dalam kategori Wira, hujan lebat sewaktu perlumbaan tidak menghalang pelumba-pelumba muda untuk mempamerkan aksi cemerlang dengan gelaran juara menjadi milik Md Shafiq Ezzariq dengan masa 12’02.299s.

WIRAPelumba Idemitsu Kozi Yam Honda itu menewaskan pelumba persendirian, Md Afizi Supaat yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12’02.358 manakala rakan sepasukan Shafiq, Md Anuar Ibrahim Pawi (adik kepada pelumba sensasi Negara, Khairul Idham Pawi) meneruskan kecemerlangan keluarga apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 12’05.164s.

WIRA-02Shafiq mengumpul 50 mata maksimum untuk menerajui kedudukan keseluruhan, 26 mata mengatasi S. Alif Nazirul S. Ismail dan seorang lagi rakan pasukan Shafiq, Saiful Azhary Muhamad, masing-masing terikat dengan 24 mata.

Keputusan:

CP130 (18 pusingan)

Akhir:

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 16’18.041s

2. Norizman Ismail (SGR) Honda 16’20129s

3. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’20.196s

4. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 16’20.468s

5. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 16’24.718s

 

Kedudukan Keseluruhan:

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 45 mata

2. Norizman Ismail (SGR) Honda 31 mata

3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) 25 mata

4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 22 mata

5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 22 mata

 

CP115 (15 pusingan)

Akhir

1. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 14’22.415s

2. Tengku Amirul Haffiruddin (TRG) Yamaha 14’22.629s

3. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) Yamaha 14’32.285s

4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 14’35.099s

5. Md Iqbal Amri Abd Malek (PRK) Yamaha 14’36.478s

 

Kedudukan keseluruhan

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 45 mata

2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 41 mata

3. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 30 mata

4. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) Yamaha 25 mata

5. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 18 mata

 

WIRA (12 pusingan)

Akhir

1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 12’02.299s

2. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 12’02.358s

3. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 12’05.164s

4. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 12’05.223s

5. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 12’05.233s

 

Kedudukan keseluruhan

1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 50 mata

2. S. Alif Nazirul S. Ismail (PNG) Yamaha 24 mata

3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 24 mata

4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 20 mata

5. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 20 mata

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan