Bikesrepublic

Razlan Razali Mahu Fokus Sepenuhnya Terhadap MotoGP

Selepas melepaskan jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali kini akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap MotoGP.

Cabaran getir bagi dirinya selaku pengendali pasukan PETRONAS Yamaha SRT musim ini adalah memikul pasukan mengharungi pandemik Covid-19 yang ketika ini turut memberi kesan terhadap MotoGP musim ini.

“Dengan mengambil peranan selaku Team Principal Petronas Yamaha SRT sepenuh masa, saya mampu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.

“Saya tak sabar untuk mula memperkuatkan pasukan ini dengan bercakap bersama semua Partners dan menarik syarikat baharu untuk bersama kami dalam menyediakan platform kepada semua rakyat Malaysia untuk bertanding di MotoGP.

“Menjadi CEO SIC merupakan satu impian dan menguruskan pasukan MotoGP adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya tidak akan mensiakan peluang ini untuk mengharumkan Malaysia dan untuk menyaksikan orang Malaysia mengibarkan jalur gemilang sebagai duta negara di arena permotoran dua roda,” jelasnya.

Sementara itu, meskipun Razlan tidak lagi bersama SIC – Azhan Shafriman Hanif dilantik sebagai CEO baharu – Petronas Yamaha SRT akan kekal dibawah pemilikan SIC.

Razlan berkhidmat lebih 11 tahun selaku CEO SIC sebelum melepaskan jawatanya pada 7 April lalu.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube