Bikesrepublic

PLUS Bakal Tutup Sementara R&R Yang Sesak

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan bertindak menutup sementara kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah tertentu sekiranya mendapati terdapat kesesakan orang awam.

Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Perkara itu disahkan Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz.

“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pelanggan dan berharap pelanggan dapat memahami mengapa langkah sedemikian perlu diambil demi keselamatan mereka,” jelasnya.

Penutupan kawasan R&R dan hentian sebelah akan dipaparkan pada papan tanda elektronik di sepanjang lebuhraya termasuk di Twitter PLUSTrafik.

PLUS menjangkakan trafik Lebuhraya Utara-Selatan akan melonjak kepada 1.7 juta kenderaan setiap hari sempena cuti Aidiladha.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan