Bikesrepublic

PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 Dihangatkan Lagi Dengan Hadiah Motosikal Yang Pertama!

Dua bulan lalu, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 bersempena dengan pelancaran Bengkel Bergerak PETRONAS Sprinta.

Mereka telah menjanjikan bahawa para peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik, antaranya adalah motosikal Yamaha Y15ZR, Yamaha YZF-R25, dan hadiah utama, Yamaha YZF-R6. Ke semua motosikal ini telah dihiasi dengan kemasan grafik PETRONAS Yamaha SRT MotoGP, dan hari ini, motosikal Yamaha Y15ZR yang pertama telah diserahkan pada pemenang yang pertama.

Encik Sahrulnaim bin Sahrahan dari Gombak muncul pemenang dan telah dipersembahkan dengan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR di NKS Sport Bikers yang terletak di Sentul pada awal hari ini. Kata encik Sahrulnaim, “Saya amat berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta yang telah menganjurkan peraduan yang mengujakan ini.”

“Saya bernasib baik kerana telah membeli minyak pelincir F500 sewaktu saya perlu menukar minyak pelincir motosikal saya. Saya sentiasa menggunakan minyak PETRONAS Sprinta sebagai jenama pilihan kerana ianya terbukti menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lancar,” tambah encik Sahrulnaim yang turut membawa pulang tiket Grandstand MotoGP Sepang.

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 masih lagi berjalan sehingga 30 September 2019. Anda masih lagi boleh memenangi motosikal Yamaha Y15ZR yang merupakan hadiah bulanan dan jika anda bernasib baik, anda juga boleh membawa pulang salah satu daripada dua hadiah utamanya. Siapa tahu, anda mungkin sekali akan menjadi pemilik bertuah salah sebuah daripada dua buah motosikal Yamaha yang amat menggiurkan ini!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 ini, sila layari laman Facebook atau Instagram mereka. Mereka juga akan menganjurkan festival PETRONAS Sprinta 2019 esok (27 April 2019) di Jalan Sentul, di mana anda berpeluang memenangi hadiah dengan pembelian produk mereka, anjuran salah sebuah pengedar rasmi pelincir mereka.

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Lancarkan Bengkel Bergerak Pertama Di Malaysia

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan