Bikesrepublic

Petrol Percuma Untuk Penunggang Motosikal Di Caltex Batu 8, Kepong

Sumber: Google Maps

Sesiapa yang bercadang untuk balik kampung dengan motosikal bersesaran bawah 150cc boleh berkunjung ke Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang hari ini untuk mengisi minyak dengan percuma.

Menurut laporan Harian Metro, ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ diadakan hasil kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong sebagai penghargaan terhadap penduduk di sekitar kawasan yang bakal meraikan Aidilfitri.

Ketua Penaja AMANAH Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Bakar berkata petrol percuma tersebut mensasarkan golongan B40 dengan motosikal 150cc kebawah.

“Ini adalah tanda terima kasih kepada penduduk di Kepong. Kami mengharapkan petrol percuma ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung,” jelasnya.

Bulan lalu, seramai 300 penghantar makanan turut menerima pengisian petrol percuma.

(SUMBER: Harian Metro)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube