Bikesrepublic

Norton Superlight Bersedia Untuk Berlumba

  • Motosikal Norton Superlight telah diperkenalkan selepas model Atlas.
  • Motosikal baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti model Atlas namun telah ditala untuk perlumbaan.
  • Enjin 650cc motosikal ini mampu menghasilkan 105hp dan ianya hanya seberat 158kg.

Pengeluar dari Britain, Norton, telah tampil dengan jentera terbaru mereka, Norton Superlight, selepas pengenalan model ala scrambler mereka, Atlas Ranger dan Atlas Nomad.

Norton Atlas Ranger Dan Norton Atlas Nomad Diperkenalkan

Motosikal Norton Superlight tersebut adalah berdasarkan platform yang sama seperti kedua-dua scrambler berkenaan. Namun, model Superlight ini adalah sebuah jentera perlumbaan sejati.

Ya, enjinnya adalah enjin yang sama seperti model Atlas. Ianya sebuah enjin ‘parallel-Twin’ 650cc, tetapi dengan engkolan 270º. Jadi, daripada menghasilkan 85hp dan 63.7Nm tork, motosikal enjin Superlight ini telah ditala bagi menghasilkan 104.5hp (78kW) dan 74.6Nm tork.

Model Superlight hanyalah seberat 158kg sahaja, dan semua ini terhasil kerana penggunaan bahagian gentian karbon yang meluas. Bahagian badan dan rodanya telah diperbuat daripada bahan berwarna hitam berkenaan. Binaan kerangkanya yang digilap itu adalah hasil pertukangan pakar kerangka Britain, Spondon.

Motosikal ini menggunakan fork Öhlins NIX pada bahagian hadapannya dan Öhlins TTX GP di bahagian belakangnya. Sepasang angkup monobloc Brembo M50 mengapit sepasang cakera brek 320mm. Model Superlight ini juga dilengkapi dengan quickshifter dwi-arah.

Kawalan cengkamannya adalah dengan bantuan IMU, yang mana boleh memberikannya kawalan wheelie serta kawalan mulaan.

Motosikal ini sah untuk kegunaan jalan raya dan mematuhi peraturan emisi ketat Euro4. Ianya ditawarkan pada harga £19,950 di pasaran United Kingdom, jika anda berminat untuk memilikinya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube