Bikesrepublic

Nicky Hayden Disahkan Meninggal Dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita sedih telah tersebar di kalangan para penggemar sukan permotoran sejak awal pagi hari ini. Nicky Hayden telah disahkan meninggal dunia. Juara dunia MotoGP 2006 itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika beliau sedang menunggang basikalnya.

Penunggang berasal dari Amerikat Syarikat berusia 35 tahun itu telah bertembung dengan sebuah kereta berhampiran dengan litar Misano di Rimini, Itali.

Hayden yang berpindah ke siri WorldSBK pada 2015 tetapi juga telah muncul dalam MotoGP sebanyak dua kali pada tahun lalu.

Hayden telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan juga pinggulnya dan distabilkan di hospital berdekatan Rimini sebelum dipindahkan ke unit rawatan intensif di Hospital Bufalini di Cesena.

Malang sekali, selepas lima hari bertarung, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau selamanya akan dikenang sebagai juara dunia yang hanya memenangi tiga perlumbaan MotoGP. “The Kentucky Kid”, gelarannya yang disukai ramai, mengumpul enam tempat kedua dan 19 tempat ketiga sepanjang kareernya, dengan jumlah keseluruhan penamat atas podium sebanyak 28 kali.

Hayden merupakan teman sepasukan bagi sebahagian yang terbaik yang pernah ada seperti Valentino Rossi dan Casey Stoner, kedua-duanya sahabat baiknya.

Rossi menggelarnya sebagai “antara sahabat paling akrab pernah saya ada di paddock.”

Hayden dan Rossi mempunyai hubungan yang istimewa di mana Haydenlah yang telah menamatkan dominasi kejuaraan MotoGP lima kali berturut-turut Rossi pada tahun 2006.

Disenangi ramai pelumba kerana perwatakannya dan menjadi kegemaran para peminat kerana sifatnya yang baik dan mudah digauli, berita pemergiannya memberikan kesan mendalam bagi semua.

Setelah khabar kematiannya telah pun disahkan, ahli-ahli komuniti perlumbaan mula memuatnaik ucapan takziah mereka. Marc Marquez adalah antara yang pertama yang memuatnaik ucapannya.

Beliau merupakan antara salah seorang pelumba motosikal yang telah mengecapi kejayaan dalam kedua-dua siri MotoGP dan juga WorldSBK.

Dengan pemergiannya, hilanglah satu-satunya wakil Amerika Syarikat buat masa ini bagi kedua-dua siri perlumbaan MotoGP serta WorldSBK.

Kami di MotoMalaya dan juga Bikes Republic amat berdukacita dengan berita pemergiannya ini. Ianya satu hari yang kelam buat para penggemar sukan permotoran.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube