Bikesrepublic

Naza Automall: Harga Runtuh Sempena Promosi Tengah Tahun

Naza Automall mengadakan promosi tengah tahun sehingga 15 Julai ini.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun dan harga istimewa di atas pengecualian cukai jualan yang telah diumumkan kerajaan.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga bakal menikmati faedah serendah 1.88 peratus dan waranti 1 tahun percuma bagi setiap jenama yang ditawarkan.

Pada masa sama, pelanggan boleh meninjau kenderaan diminati di rumah menerusi beberapa platform atas talian. Pihak Naza juga menyediakan panggilan video bagi yang mahukan interaksi dengan pihak jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan menyifatkan langkah ini diperkenalkan bagi mereka yang enggan mengambil risiko dengan datang ke pusat pameran.

“Kami sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan. Kami menggunakan peluang ini agar pelanggan boleh nikmati penjimatan lebih banyak.

“Memahami rata-rata sudah menyesuaikan diri dengan norma baharu kami menyediakan platform digital bagi memudahkan pelanggan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi pelanggan yang berminat untuk memandu uji kenderaan, perlu membuat janji temu terlebih dahulu namun hanya dua individu dibenarkan berada dalam kenderaan pada satu masa.

Naza Automall dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang dan 10 pagi hingga 6 petang bagi hari Sabtu dan Ahad.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan