Bikesrepublic

MV Agusta Brutale 800 RC 2018 Diperkenalkan

 

 

  • Rangkaian motosikal RC telah bertambah lagi dengan pengenalan MV Agusta Brutale 800 RC.
  • Diperkenalkan sewaktu EICMA 2017, Brutale edisi terhad ini kini patuh Euro-4 oleh kerana enjinnya yang telah dibikin semula dan kini menjana 140hp dan 87Nm.
  • Hanya 350 unit sahaja yang akan disediakan dan setiap satu daripadanya akan dilengkapi dengan Reparto Corse Kit yang membolehkan pemiliknya boleh mempertingkatkan lagi kuasa kudanya ke 150hp dengan bantuan beberapa buah kelengkapan perlumbaan.

 

Bersama dengan pengenalan bagi motosikal MV Agusta Dragster 800 RR, Brutale 800 RR edisi Pirelli, dan beberapa buah motosikal istimewa yang telah diperagakan sewaktu ekspo motosikal EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, pengeluar motosikal premium ini telah memperkenalkan motosikal MV Agusta Brutale RC 2018 yang teramat terhad.

Ahli keluarga yang baru dalam siri RC ini telah menerima pengolahan WorldSBK di mana secara asasnya ia telah ditukar kepada sebuah replika bagi motosikal pengilang yang digunakan dalam siri perlumbaan World Superbikes. Jika anda rasakan yang motosikal Brutale sudah cukup indah sebelum ini, ianya kini lebih mempersonakan dalam kemasan warna ini.

Motosikal Brutale 800 RC terbaru ini juga dilengkapi dengan nombor 37, yang mana kebanyakan kita mungkin sekali mengangap yang ianya berkaitan dengan penunggang utama mereka dalam WorldSBK, Leon Camier. Sebenarnya, nombor itu merujuk kepada jumlah kejuaraan pembina yang telah diperolehi mereka sejak mereka memulakan usaha perlumbaan yang amat berjaya itu.

Selain daripada pertukaran pada rupa parasnya, bahagian dalaman bagi enjin tiga selari 798cc motosikal itu juga turut diperkemaskini bagi menepati piawaian peraturan emisi Euro4. Bahagian-bahagian seperti kepala silinder, penegang rantai, aci engkol, injap dan beberapa lagi bahagian-bahagian yang lain telah dikemaskini dan ini telah membolehkan motosikal ini untuk menghasilkan 140hp serta 87Nm tork maksima.

Ingin menjadikan motosikal ini lebih unik? MV Agusta boleh memenuhi permintaan anda! MV Agusta telah mengumumkan yang mereka hanya akan mengeluarkan sebanyak 350 unit sahaja dan setiap satu daripadanya akan didatangkan dengan Reparto Corse Kit. Kelengkapan pilihan ini akan membolehkan anda mempertingkatkan lagi Brutale 800 RC anda dengan kelengkapan seperti sistem ekzos sepenuhnya SC Project dan ECU perlumbaan yang akan meningkatkan lagi kuasa kudanya sehingga 150hp!

Kelengkapan lain dalam kit ini termasuk tuil dari Ergal, tongkat paddock, pelitup motosikal, dan semestinya, sebuah sijil pengesahan bagi membuktikan yang anda memiliki motosikal yang asli. Sijil dan motosikal akan dinomborkan dengan nombor yang unik.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube