Bikesrepublic

Moto Guzzi V7 III Anniversario Unit 0001/1000 Berada Di Malaysia!

  • Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario.
  • Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia.
  • Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).

Moto Guzzi Malaysia telah berjaya memperoleh unit 0001 motosikal V7 III Anniversario. Ianya membawa satu kepentingan yang hebat memandangkan penghasilan model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia.

Motosikal V7 III ANniversario ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-50 motosikal legenda, Moto GUzzi V7, dan telah dibezakan daripada motosikal V7 yang biasa oleh beberapa buah perincian yang eksklusif seperti lambang helang Moto Guzzi yang berwarna emas di atas tangki bahanapi kroma, pelana kulit asli serba baru, dan penutup tangki bahanapi aluminium billet.

Madgadnya pula dari aluminium yang digilap, palang pemegang pemboncengnya keluli saduran kroma, manakala rodanya dilengkapi dengan saluran digilap eksklusif dan hab berwarna kelabu.

Namun, apa yang paling penting sekali adalah pengangkat palang pemegangnya yang telah diukir laser dengan nombor pengeluaran XXXX/1000.

Walaupun ianya didasarkan dari motosikal V7 III Special, enjin motosikal Anniversario ini telah ditala untuk peningkatan kuasa sebanyak 10%. Kerangka keluli dengan sangga berganda boleh tanggal mengekalkan pembahagian berat depan/belakang 46/54% yang sama, namun, bahagian hadapannya telah dirombak dan diperkukuhkan dengan geometri stereng baru untuk pengendalian, penyelekohan dan kestabilan yang lebih baik.

Ciri-ciri tersebut menjadikan motosikal Moto Guzzi V7 III Anniversario ini sebuah hasil seni pertukangan tangan yang amat berbaloi buat para pengumpul.

“Saya berasa amat berbangga kerana kami telah berjaya memperoleh unit 0001 bagi motosikal III Anniversario dan ianya sudah pasti akan menjadi satu kebanggaan buat penggemar Moto Guzzi di Malaysia,” ujar Rewi Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn. Bhd. Didi Resources adalah pengimport serta pengedar rasmi motosikal Moto Guzzi di Malaysia.

Moto Guzzi V7 III Anniversario kini sedia untuk pameran di The Gasket Alley, Petaling Jaya, dan harganya telah ditetapkan pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Moto Guzzi Malaysia atau laman Facebook rasmi Moto Guzzi Malaysia.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube