Bikesrepublic

Sepetang Bersama Red Bull Dan Superkip


Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Red Bull telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet‘ bersama dengan Khairul Idham Pawi, lebih dikenali sebagai Superkip.
  • Red Bull telah memainkan peranan penting dalam kerjaya Superkip sebagai seorang pelumba.
  • Superkip menganggap tahun 2017 sebagai tahun untuk belajar dan maju ke hadapan.

The Gardens, Mid Valley, 25 Oktober 2017 – Minggu ini adalah minggu MotoGp Malaysia dan kini adalah masa yang terbaik untuk bertemu dengan idola dan penunggang kegemaran kita, yang tidak mungkin akan kita ketemui sepanjang tahun, kecuali sewaktu Ujian Musim Sejuk sebelum bermulanya musim perlumbaan. Dan sekiranya kita berpeluang untuk bertemu sewaktu Ujian Musim Sejuk sekali pun, selalunya kita tidak dapat berjumpa penunggang dari kelas yang lain selain MotoGP.

Atas jasa Red Bull, mereka telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet’ bersama wira tempatan, Khairul Idham Pawi, yang juga lebih dikenali sebagai SuperKip. Malah, Red Bull juga telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan Superkip di sepanjang kerjayanya.

Pencapaiannya bukan sahaja diketahui di Malaysia, tetapi di seluruh dunia apabila dia memenangi dua perlumbaan Moto3 dalam musim penuh pertamanya pada tahun lalu, yang telah mengharumkan namanya sebagai penunggang Malaysia pertama yang telah memenangi sebuah perlumbaan Grand Prix dalam mana-mana kelas. Peminat negara pastinya akan teringat akan kali pertama berkumandangnya Negaraku di atas litar dan disiarkan ke jutaan kaca televisyen di seluruh dunia.

Dia kini telah berpindah ke kelas pertengahan Moto2 bagi musim 2017, bersama dengan Idemitsu Honda Asia Team, menunggang sebuah jentera Kalex. Walaupun dia terpaksa bekerja keras pada tahun ini, ianya merupakan sebahagian daripada lengkung pembelajaran yang perlu dihadapinya. Dengan sedikit masa dan pengalaman, penunggang berusia 19 tahun dari Perak ini pasti akan memastikan yang Negaraku berkumandang kembali di atas podium.

Red Bull juga telah mengadakan sesi pertanyaan soalan yang ringkas bersama Superkip.

Soalan: Anda tampak lebih senyap sejak menyertai Moto2. Pendapat anda mengenai perkara ini?
Superkip: Bagi saya, tahun ini adalah untuk belajar, kerana saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak. Saya hanya berlumba semusim sahaja di CEV Junior Championship dan Moto3. Saya memerlukan lebih masa dan kini sudah semakin serasi dengan motosikal Moto2 saya sekarang, jadi, saya harap dapat beraksi dengan baik pada hujung minggu ini.

Soalan: Masih adakah ruang untuk peningkatan pada tahun ini?
Superkip: Insya Allah, akan ada. Masih ada baki dua perlumbaan dan saya akan menjalani pengujian bagi tahun 2018 selepas pusingan terakhir di Valencia.

Soalan: Adakah anda mensasarkan kedudukan podium pada hujung minggu ini?
Superkip: Secara realistiknya, penamat di atas podium mungkin sukar dicapai buat masa ini. Aspek yang paling penting bagi saya adalah terus memperbaiki kedudukan.

Soalan: Atas sebab apakah kesukaran itu? Adakah kerana jenteranya? Atau pasukannya?
Superkip: Ianya sudah pasti bukan berpunca daripada jentera atau pasukan. Kesukarannya itu adalah dengan mempelajari selok belok motosikal baru, yang mengambil sedikit masa untuk dikuasai.

Soalan: Siapakah atau adakah sesiapa yang menyokong anda di masa yang sukar ini?
Superkip: Semestinya ada, pasukan saya, rakan taulan keluarga, peminat. Terima kasih atas sokongan anda.

Soalan: Ada yang berpendapat yang anda terlalu awal menyertai Moto2.
Superkip: Mungkin ianya benar, tetapi menyertai Moto2 pada peringkat awal juga satu perkara yang bagus kerana saya telah pun bersedia dari usia yang muda.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube