Bikesrepublic

Marquez Akui Terkejut Dengan Kepantasan Quartararo, Morbidelli

Sumber: StadiumAstro

Marc Marquez mahu merampas kedudukan Fabio Quartararo dalam perlumbaan di Jerez yang akan berlangsung hari ini.

Fabio Quartararo – pelumba pasukan Petronas Yamaha – membuat kejutan di Litar Jerez dalam aksi kelayakan semalam apabila menjadi pelumba termuda untuk menduduki petak pertama, sekaligus memecah rekod yang sebelum ini dipegang Marquez.

Sementara itu, rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli akan memulakan perlumbaan di petak kedua di hadapan Marquez.

Minggu lalu, Marquez kecundang di GP Amerika – meskipun mendominasi litar tersebut selama enam tahun sebelum ini – namun pelumba berusia 26 tahun itu berharap dapat kembali ke podium di laman sendiri.

Sumber: StadiumAstro

“Saya masih gembira kerana dapat menduduki kelompok depan kerana bukan mudah untuk melakukan pintasan di litar ini.

“Saya tidak menjangkakan kedua pelumba di depan mampu mencatat masa yang sangat pantas! Tetapi saya akan terus berikan yang terbaik di perlumbaan nanti,” katanya.

Ketika Marquez melakar rekod sebagai pelumba termuda yang berjaya menduduki petak pertama, dia kemudiannya meneruskan kecemerlangan di Austin pada tahun 2013.

Quartararo berharap dapat mengikut langkah Marquez di samping memperbaiki rekod terbaiknya kedudukan ketujuh di MotoGP.

“Saya langsung tidak menjangkakan keputusan ini.

“Saya berasa teruja untuk memulakan perlumbaan di petak pertama,” tambahnya.

(SUMBER: StadiumAstro)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube