Bikesrepublic

Malaysia akan lancar KERETA TERBANG tahun ini

Ya, anda telah baca ‘statement’ itu dengan betul. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff, kereta terbang pertama keluaran Malaysia akan bakal diperkenalkan secara umum kepada semua.

Menurut beliau, kereta terbang negara pertama ini merupakan sebuah langkah ke masa hadapan negara dan yang berinovatif tinggi serta akan dipacu menggunakan segala teknologi tempatan. Mereka juga positif berkenaan pelancaran tahun ini kerana teknologi sudah ada dan bersedia untuk diguna.

Selain dari kebolehan untuk terbang dan mengelak terus segala kesesakan lalu lintas yang terpaksa dilalui oleh rakyat-rakyat marhaen bersama tol yang mungkin dimansuh dan had kelajuan motor yang bakal dihadkan ke 70km/h (apa pun tak boleh), kereta terbang buatan Malaysia ini dikatakan ‘selamat’ untuk diterbang pada altitude rendah pada kelajuan yang tidak terlalu ekstrim.

Menurut Datuk Seri Mohd Redzuan, “Tahun ini ialah sasaran yang tepat kerana teknologi untuknya sudah siap tersedia. Sekarang ini ialah lebih kepada kesegeraan implimentasinya. Projek itu juga bakal menggunakan kebolehan negara di dalam industri aero angkasa, drone dan Kenderaan Terbang Tanpa Pemandu (UAV) serta industri automotif.”

Projek kereta terbang ini merupakan projek yang berbeza dari projek kereta nasional Malaysia ketiga dan dikatakan akan memerlukan kos sebanyak RM 1 juta untuk menghasilkan sebuah prototaip tahun ini. Persoalannya, sempat ke prototaip ini diperkenalkan tahun ini dan adakah Malaysia mampu menjadi negara pengeluar dalam segmen futuristik tersebut?

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube