Bikesrepublic

Lima Kemaskini Asas Untuk Motosikal Anda

Sumber imej: showautoreviews.com
  • Anda telah memiliki motosikal anda buat beberapa lama dan ia kini terasa agak biasa-biasa sahaja.
  • Atau anda ingin menambah sedikit gaya bagi menonjolkan diri anda.
  • Di sini kami senarai lima kemaskini asas yang boleh anda pertimbangkan untuk motosikal anda.

Anda sudah pun memiliki motosikal selama satu tahun. Anda rasa yang anda sudah cukup tahu akan selok belok motosikal anda sekarang dan ianya mungkin kelihatan agak ‘biasa-biasa’ sahaja sekarang. Apa kata anda pelbagaikan lagi motosikal dengan Lima Kemaskini Asas untuk Motosikal Anda?

*Nota: Kami kecualikan aksesori prestasi kerana keselamatan jalan raya adalah keutamaan terpenting. Selain itu, pengemaskinian atau pengubahsuaian sesetengah kelengkapan tertentu motosikal mungkin membatalkan warantinya. Sila pastikan sebarang kemaskini yang akan anda lakukan nanti tidak menyalahi undang-undang.

1. TAYAR

Menukar tayar adalah cara yang termudah untuk mengemaskini pengendalian motosikal anda.

Tayar standard motosikal anda mungkin membuatkan motosikal anda lebih lembab untuk bertukar arah, jadi sudah tiba masanya untuk mencari sepasang tayar dengan profil yang lebih tajam. Atau, anda lebih utamakan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh – anda boleh pasangkan sepasang tayar yang mempunyai badan dan/atau dinding sisi yang lebih lembut.

Sumber imej: Bridgestone

Walau bagaimana pun, ianya lebih selamat untuk menyesuaikan jenis tayar mengikut jenis motosikal anda, contohnya, tayar lumba untuk motosikal lumba, dan tayar sport-touring bagi motosikal sport-tourer, dan begitulah seterusnya.

2. EKZOS

Ada sesetengah penunggang yang tidak kisah untuk menggantikan ekzos motosikal mereka, namun, ada yang merasakan bahawa menukar ganti ekzos akan mengganggu keserasian ekzos motosikal. Kebanyakan motosikal pada masa ini patuh peraturan Euro4 dan berbunyi lebih mirip akan peralatan rumah berbanding sebuah jentera kejuruteraan yang hebat.

Sumber imej: Termignoni

Bonus tambahan kemaskini ini adalah ianya mendokong mantra “loud pipes save lives”. Walau bagaimana pun, kami tidak mengesyorkan anda mendapatkan paip ekzos yang menyalahi undang-undang.

3. BAGASI

Melainkan anda memiliki sebuah skuter maxi, anda pasti sudah sedia maklum yang motosikal tiada ruang yang boleh digunakan untuk membawa muatan, walaupun hanya untuk sut hujan.

Motosikal sport tourer dan adventure tourer sudah pasti jenis yang paling mudah untuk dipasang bagasi, termasuklah sepasang pannier, top case, beg tangki, dan beg reraup sisi, Pilihan tempat pautan secara asasnya lebih terhad untuk motosikal lumba, tetapi, anda masih lagi boleh pautkan sebuah beg tangki. Motosikal cruiser (yang bukan dari jenis bagger) nampak cukup segak sekali dengan beg pelana kulit.

Sumber imej: GIVI

Dengan adanya sistem bagasi yang baik, ianya akan membolehkan anda menunggang dengan selesa sekali kerana anda tidak perlu memikul barangan anda di atas belakang anda, walaupun sedikit sahaja barangan yang dibawa, berbanding dengan jumlah yang boleh anda bawa dengan anda sekiranya anda mempunyai sistem bagasi.

4. SUSPENSI

Walaupun dengan suspensi yang terbaik sekali di atas jalan raya, motosikal akan dikompromi bagi disesuaikan dengan penunggang yang berbeza-beza, dari segi berat, gaya penunggangan, keadaan menunggang, keselesaan lwn. prestasi, dan sebagainya lagi.

Sumber imej: K-Tech

Apa kata anda tingkatkan lagi kebolehan pengendalian motosikal dengan mengemaskini suspensinya? Anda tidak perlu menggantikan keseluruhan penyerap dan fork kepada kelengkapan Öhlins, cukup sekadar mengemaskini/menentukur semula bahagian dalamannya dengan kit kartrij bagi disuaikan dengan gaya dan anda pasti akan terasa bagaikan penunggang handalan.

5. ‘BLING’

Pelbagaikan dengan ‘bling’lah, apa lagi!

Tambahlah beberapa buah barang kemas CNC pada motosikal anda bagi membezakan dari yang lain. Terdapat pelbagai kelengkapan yang boleh dikemaskini di sini, dari bahagian-bahagian yang besar seperti penghadang angin dan palang pemegang, hinggalah ke bahagian belakang, sistem pencahayaan, pelana, ke benda-benda yang kecil seperti lampu isyarat, pemegang GPS, kemasan warna nat dan selak, semuanya boleh dikemaskini!

Sumber imej: rocket-garage.blogspot.com

Pengeluar motosikal juga telah menghasilkan dan memasarkan aksesori ‘rasmi’ atau ‘keluaran kilang’ pada masa ini, dipaparkan secara terperinci dalam katalog yang menggiurkan. Ianya selalunya lebih mahal berbanding dengan aksesori pihak ketiga, namun ianya selallunya telah diuji secara menyeluruh pada motosikal pengeluar tersebut sebelum ianya dijual kepada orang ramai.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan